Wednesday 24 August 2011

Kekasih Agung Sedang Cemburu.


Kekasih Agung Sedang Cemburu.
Anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yang bukan mahram?Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya? Anda sedang pilih minyak wangi harum untuk keluar dating?Err,jika jawapannya ya,anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.Berkata Ibn Qayyimal-Jawziyyah:”Allah s.w.t. cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta ,harap dan takut kepadaNya dan ada sesuatu yang lain di dalam hatinya selain Dia”.
Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w.Daripada Mughirah r.a. katanya Sa’ad bin Ubadah mrngatakan:”Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong(bermesra-mesraan) dengan isteriku,nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam,bukan dengan sisi tepi pedang!”Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa’ad?Demi Allah,aku lebih cemburu daripadanya(terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama)Dan Allah lebih cemburu daripadaku.Kerana itu dilarangNya mengerjakan perbuatan keji,baik yang terang ataupun tersembunyi.Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah dan kerana itu diutusNya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan.Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah,dan kerana itu (untuk orang yang memujiNya) dijanjikan syurga”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cemburu Allah Tanda Besarnya
Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan.Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya. Dia tidak memerlukan kita .Dia tak luak dengan kelalaian kita.Tak terjejas tanpa cinta kita.Tapi kita? Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan,minuman dan oksigen.Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita.Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara.Dia menawarkan cinta yang tidak pernah kenal kecewa.Inilah hakikat cinta teragung.
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : “Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah.Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.”(surah al-Baqarah 2:165) CintaNya cinta utama.CintaNya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.CintaNya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.CintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hambaNya ,tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.
Bila Kita Tak Kisah
Apabila kita tidak ambil kisah tenteng kecemburuan Allah s.w.t.,terus mengagungkan makhluk daripadaNya,bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita.Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah,menuju ke syurga.Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita kebaikan-kabaikan,maka apa ertinya hidup kita ini lagi? Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita.Ketika itu,kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan bijak.Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa.Gadis itu menunggu abangnya di pehentian bas.Tiba-tiba ,sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang.Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya. “Memang sah,kamulah yang curi handset saya!”tuduhnya. “Hey!Saya tak tahu apa-apa…”Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu. “Kalau kamu rasa kamu betul,mari kita selesaikan di balai polis.” Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotelAkhirnya dia dirogol di situ.Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?
Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta
Ya,tertariknya kepada si dia itu lumrah.Fitrah yang Allah hadirkan.Setiap fitrah ada peraturannya Fitrah makan pun ada peraturan,inikan pula fitrah cinta?Oleh sebab itu,wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan? Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan?Penuh maksiat hati? Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajaku sayang,bukan dirimu yang mengalami rasa cinta,malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul,sahabat dan orang soleh.Bezanya,bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya? Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudhah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah,puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya.,Sayidina Ali. “Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang.Dinda amat mengaguminya.” Dengan penuh cemburu,Sayidina Ali berkata; “Habis tu,dinda menyesal menikah dengan kanda?” Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir “Tak kandaku sayang,kerana orang itu ialah kanda.” Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali,mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun,adakah gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali,berhubung melalui burung merpati,mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasih hatinya? Begitu juga Sayidina Ali.Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia merendah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya?Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah katika tidak membina kualiti diri? Kita pula,bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? Adakah jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?