Monday 26 December 2011

SuRah Al-Kahfi...

Salam sahabat2.. pernah kah awak semua baca makna2 ayat2 Al-Quran...?? kalu pernah.. mungkin awak semua pernah terbaca suatu kisah tentang Nabi Musa dan seorang hamba Allah..  kalu belom terbaca.. buka lah tafsir Al-Quran.. insyaAllah sahabat2 akan jumpa pada ayat 60- 82.. semoga sahabat2 mendapat pengajaran dari kisah2 yang ada di dalam Al-Quran...

ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada pembantunya, "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua laut;  atau aku akan berjalan (terus sampai) betahun- tahun."

ayat 61
Maka ketika mereka sampai ke pertemuan dua laut itu, mereka lupa ikannya, lalu (ikan) itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.

ayat 62
Maka ketika mereka telah melewati (tempat itu), Musa berkata kepada pembantunya, "Bawalah ke mari makanan kita; sungguh kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini."

ayat 63
Dia (pembantunya) menjawab, "Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang membuat aku lupa untuk mengingatnya kecuali syaitan, dan (ikan) itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali."

ayat 64
Dia (Musa) berkata, "Itulah (tempat) yang kita cari." Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.

ayat 65
Lalu mereka berdua bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan rahmat kepadanya dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan ilmu kepadanya dari sisi Kami.
( menurut mufasir, berdasarkan hadis, hamba di sini ialah Khidr, dan dimaksud dengan rahmat di sini ialah wahyu dan kenabian. sedang yang dimaksudkan dengan ilmu ialah ilmu tentang perkara  ghaib seperti yang akan diterangkan dalam ayat yang berikut)

ayat 66
Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?"

ayat 67
Dia menjawab, "Sungguh, engkau tidak akan sanggup sabar bersamaku.

ayat 68
Dan bagaimana engkau akan dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"

ayat 69
Dia (Musa) berkata, "InsyaAllah akan engkau dapati aku orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam urusan apa pun.

ayat 70
Dia berkata, "Jika engkau mengikutiku, maka jangan lah engkau menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku menerangkannya kepadamu."

ayat 71
Maka berjalan lah keduanya, hingga ketika keduanya menaiki perahu lalu dia melubanginya. Dia (Musa) berkata, 'Mengapa engkau melubangi perahu itu, apakah untuk menenggelamkan penumpangnya?"  Sungguh, engkau telah membuat sesuatu kesalahan yang besar.

ayat 72
Dia berkata, "Bukankah sudah ku katakan, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?"

ayat 73
Dia (Musa) berkata, "Jangan lah engkau menghukum aku kerana kelupaan ku dan janganlah engkau membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusan ku."

ayat 74
Maka berjalan lah keduanya; hingga ketika keduanya berjumpa dengan seorang anak muda, maka dia membunuhnya. Dia (Musa) berkata, "Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sungguh, engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar."

ayat 75
Dia berkata, 'Bukankah sudah ku katakan kepadamu, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?"

ayat 76
Dia (Musa) berkata, "Jika aku bertanya sesuatu setelah ini, maka jangan lagi engkau membolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engkau sudah cukup (bersabar) menerima alasan dari ku."

ayat 77
Maka keduanya berjalan; hingga ketika keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka berdua meminta dijamu oleh penduduknya, tetapi mereka (penduduk negeri itu) tidak mahu menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dinding rumah yang hampir roboh (di negeri itu), lalu dia menegakkannya. Dia (Musa) berkata, "Jika engkau mahu, nescaya engkau dapat meminta imbalan untuk itu."

ayat 78
Dia berkata, "Inilah perpisahan antara aku dan engkau; aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas perbuatan yang engkau tidak mampu sabar terhadapnya.

ayat 79
Adapun perahu itu adalah milik orang miskin yang bekerja di laut; aku bermaksud merosakkannya, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu.

ayat 80
Dan adapun anak muda (kafir) itu, kedua orang tuanya mukmin, dan kami khuwatir kalau dia akan memaksa kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran.

ayat 81
Kemudian kami menghendaki, sekiranya Tuhan mereka menggantinya dengan (seorang anak yang lain) yang lebih baik kesuciannya daripada (anak) itu dan lebih sayang (kepada ibu bapa nya).

ayat 82
Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang ada di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apakah yang kuperbuat bukan menurut kemahuan ku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya."

ini adalah kisah tentang Nabi Musa alaihissalam... banyak lagi kisah yang tersimpan di dalam surah ini.. insyaAllah di Update yang lain.. saya akan tambahkan lagi... semoga bertemu lagi.. selamat membaca dan menyebarkan ilmu.. "balighu a'nni walau a..yah,.."

Monday 12 December 2011

CiRi2 Pa$anGaN MenGikUt Un$ur TAnAh.. ApI,... AngiN.. AiR..

salam mujahidah.. ehm.. ini update atas permintaan orang.. tapi.. x berape jelas.. sebab nie sambungan waktu kuliah subuh.. faham2 je lah sendiri ble time kuliah subuh kan... ehm... klu paham Alhamdulillah.. klu x ... try cari dgan rakan2 yang thu.... Selamat Mencari PAsangan...

*sebelum anda teruskan membaca entri dio bawah ini... Allah telah uji pasangan2 ini dengan sifat2 mereka... Antaranya....

- Unsur Angin...
= Allah uji dengan sifat Redha ( dengan sifat nye yang seorang pemaaf yang tinggi)

- Unsur Api..
= Allah uji dengan sifat Sabar..

- Unsur Air
= Allah uji untuk menggunakan akal yang bijaksana dengan betul
= Allah uji dengan  sifat Jujur

-Unsur Tanah
= Allah uji dengan sifat Ego / Rendah diri / Tawadhuk

*Sifat2 ini dapat ditunjukkan melalui sifat para sahabat...

- Saidina Abu Bakar dengan sifat As- Siddiq nya
- Saidina Umar dengan Emosi nya
- Saidina Uthman dengan Fizikal nya
- Saidina Ali dengan Kebijaksanaan nya


*Unsur Api + Unsur angin

- pasangan yang penuh dengan kasih sayang..

*Unsur Air + Unsur Tanah

- tahap ekonomi meningkat.. (disebabkan pasangan yang berunsur tanah nie kebanyakan nye yang banyak duit)
-Allah uji tahap kesyukuran terhadap nikmat yang Allah berikan..

*Unsur Tanah + Unsur Api

- pasangan  berunsur api selalunya pandai dengan pujuk rayu dan pandai bermain kata2..
- apabila dua unsur ini bertemu jadinya PANAS...
- pasangan yang berunsur tanah akan senang dihakis dengan pisau cukur (unsur Api)
- apabila ekonomi pasangan ini bagus.. Alhamdulillah.. rumah tangga ok..
- apabila ekonomi pasangan ini merosot.. Nauzubillah.. rumah tangga kacau bilau..
apabila ini terjadi.. pasangan ini akan cepat marah dan mudah naik tangan (penampar)..

*Unsur Tanah + Unsur Angin

- apabila dua unsur ini bertemu jadinya KERING aka DINGIN
- pasangan ini selalunya akan berendam air mata
- rumah tangga pasangan ini banyak bergaduh..

*Unsur Air + Unsur Angin

- apabila dua unsur ini bertemu jadinya SEJUK & NYAMAN
- kebanyakan apabila pasangan ini hanya berkawan.. hubungan persahabatan ok saja...
- andai pasangan ini berkahwin... rumah tangga tidak dapat dijamin kekal..
- perasaan baik sangka terhadap pasangan tinggi sangat
- kedua pasangan ini hanya cakap benda yang perlu sahaja
- kedua pasangan ini kebanyakan nye akan memperoleh ramai zuriat..

*Unsur Air + Unsur Api

- apabila dua unsur ini bertemu jadinya BASAH
- kebanyakan pasangan ini dapat dinilai apabila berada di pasar raya.. kebanyakan pasangan yang lelaki nya akan bawak troli.. yang perempuan akan memilih barang...

* Andai Pasangan Yang Disebutkan ini mempunyai Cahaya Mata...

*Unsur Angin + Unsur Angin

- anak yang dilahirkan  "down sindrom"

*Unsur Api + Unsur Api

- disebabkan terlalu mengikut perasaan (rujuk kembali sifat dominan)
- anak yang dilahirkan mungkin akan TOMBOY atau LEMBUT aka (x pyah sebut ah)

*Unsur Air + Unsur Air

- anak yang dilahirkan adalah anak yang genius
- pasangan ini perlu menggunakan fakta untuk menerangkan sesuatu benda andai anak mereka menanyakan sesuatu...

*Unsur Tanah + Unsur Tanah

- anak yang dilahirkan anak yang bersikap Hyperactive
- anak pasangan ini kurang mendengar cakap orang (bebal)

semua ini hanya lah teori... nak percaya atau x terpulang kepada anda yang membaca... sye hanya post apa yang sye perolehi dri kuliah subuh tu.... ehm... andai yang x dapat difahami.. sye  minta maaf sangat2... berkaitan dengan sifat sahabat2 nabi.. mungkin ada yang kurang memahami.. asif jiddan.. sye x dpat nak ingt semua..peluang.. sye rujuk dgan rakan2 yang lain.. akhiru kalam..

                                                                            - selamat membaca-

Friday 9 December 2011

MaRi kiTa LiHaT SifaT DoMiNaN AnDa...

                        salam ukhwah buat rakan2 sekalian.. ini update waktu kebosanan... jom kita tengok ap sifat yg anda rse lebih drpd sifat2 anda yang lain.. anda dpat thu pnyakit dan pekerjaan yg ad pd sifat2 anda tu,.. 

sebenarnye Allah telah menjadikan manusia dengan 4 lapisan .... iaitu.....

bahagian kepala = ANGIN

*sifat2 yang ada pada ANGIN
# rahsia > Pelik ( suka benda2 yg ghaib dan suka berdoa)
# andai seseorang itu golongan kanan = InsyaAllah dia akan mjdi seorang Imam..
#  andai seseorang itu golongan kiri = maybe dia akan mjdi Bomoh Atau Sami....
# seorang yg mmpunyai wajah yang pelik daripada orang lain.. ( kebanyakan wajah yg sentiasa dalam         bad mood)
# maybe mempunyai gigi yang pelik.. ( contohnye gigi yg jarang2 dll)
# lidah mudah pecah (ulser)
# telinga berair
# kalau study lebih2 akan dpat migrain (ataupon memg ad pnyakit migrain)
# suka benda2 yyang berbentuk ghaib
# suka untuk mengkaji benda2 yang berkaitan kerohanian
# anugerah yang Allah beri => suka berdoa dan mulutnya "masin"
# suka berqiamulail/ bermunajat
# kebanyakan bersekolah agama
# mudah histeria => jika lemah
# kebanyakan berada di tanjung rambutan (sbb trlalu suka perkara ghaib nie)

Bahagian dada => API

*sifat2 yang ada pada API
# rahsia > kasih sayang (berkaitan dgan perasaan)
# wajah Allah jadikan secantik- cantik manusia di muka bumi
# panas baran (sekejap jer)
# sifat kasih sayang yang melimpah ruah
# sifat penyayang dengan binatang
# sifat negatif :- berkawan biar satu, berkasih biar lepas satu... satu...
   - riak, takabur, sombong..
  -mengikut perasaan :- lelaki/ perempuan-  terlibat dgan aktiviti songsang (gay n lesbian)
# sifat positif :- penyayang- sampai sanggup org buat ap sahaja seperti contoh (buat yg sudahh bpasangan)
# sakit :- breast canncer, sakit jantung, limpa, hati, paru-paru

bahagian perut = AIR

*sifat2 yang ada pada AIR
# rahsia :- Akal
# sifatnya mengikut keadaan.. (seperti sungai.. adakala jernih.. adakala keruh)
# pandai berhujah
# problem solving
# baginya tiada benda yang mustahil
# expert dalam mata pelajaran Matematik & Sejarah (lebih kepada fakta)
# tidak mudah mendengar cerrita2 drpda orang lain secara membabi buta
# pandai menggunakan fakta untuk memutar belitkan sesuatu cerita
# jenis yang suka duduk dalam kelas
# senang fokus
# pekerjaan => hakim, peguam, ahli politik, guru..
# sakit => buah pinggang, usus, pancreas, rahim
# andai si dia sakit.. cepat sembuh...


bahagian kaki = TANAH

*sifat2 yang ada pada TANAH
# rahsia :- Kepimpinan
# orangnya stabil & lasak (aktif)
# mat rempit (wheeling) 
# bekerja pendawaian kabel elektrik
# suka aktiviti lasak
# tak suka duduk dalam kelas
# badannya maintain (tak gemuk tak kurus)
# susuk tubuh badan menarik
# ramai dalam kelompok atlet
# wajahnya x hensem x lawa
  => lawa x dak.. tapi.. manisnya ada.. 
# control macho
# sakit :- saraf, urat, darah, tulang,
            :- buasir (makan x jaga)  (suka seafood dan daging)  
            :- lelaki :- prostat (mati pucuk)
            :- perempuan :- rahim (bermasalah)
            *jika kawalan dalam minuman berais x jge selepas bersukan...
            :- gaut => kerja tahan buang air


          semua ini sumber daripada kuliah maghrib yang disampaiikan oleh ustaz zulkarnain di Kem Tanjung Rhu, Sepang, Selangor...
          amcam.. ada yang sme x dgan sifat engkorang semua..?? Alllah menciptakan kita maybe ada semua sifat2 seperti di atas... tapi.. cbe cari ap yg lebih dalam sifat awak semua... hehehe... 

                                                                         .....selamat membaca....