Saturday 23 June 2012

PiLih nAk KonSert kE ToMyAm...??? ^_^


Nyum3... sedap tomyam niey.... tapi cuba bayangkan kalu tomyam niey dicampurkan dengan............................................

Satu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert K Pop di Hari Belia.

Anak: Ayah, jom gi Putrajaya malam ni. Saya nak tengok K Pop live n ambil gambar diorang.
Ayah: Ok. Tapi sebelum tu, kita makan malam dulu ye.
Anak: Orait.
... ...
Sebelum makan, si ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan sang anak.

Ayah: Makanlah tomyam ni. Sedapkan bau dia. Tapi tadi, ayah campur sikit tahi kucing. Tapi, tak berubah pun rasa, bau dan warna dia.

Anak: Eeeii.. Ape ni ayah? Kotor la. Tahi kucing tu kan najis. Macam mana kita nak makan.

Ayah: Cuba la sikit, ok je rasa dia.

Anak: Ayah, kita kan orang Islam. Lagipun, tak logik akal nak makan benda yang bercampur dengan najis.

Ayah: Hmm.. Kalau kita ni manusia biasa pun bijak untuk menilai, makanan ni kotor sebab bercampur dengan najis. Allah mesti lagi bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab ia da bercampur perkara maksiat. Apatah lagi melihat orang yang terkinja-kinja menari, dedah aurat sana sini, duduk pula bercampur laki perempuan, semua tu melebihi batas yang Islam dah gariskan.

Anak: Gulpp.. Hebatnya perumpamaan ayah ni. Saya dah tak selera nak makan tomyam lagi dan yang lebih penting, saya tak selera nak minat K Pop lagi ^_^

Ayah: Alhamdulillah kalau anak ayah faham. Islam tak pernah larang umatnya berhibur. Asalkan jangan melampau. Hiburan ni macam garam dalam makanan la. Kalau terkurang, tawar. Kalau terlebih, masin. Jadi, letaklah secukup yang perlu saja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa, dan lagi cantik kalau hiburan tu dapat bawa kita ingat Allah.

Anak: Asal tadi nak tengok K Pop, tapi sekarang dapat dengar tazkirah daripada ayah pulak. Betullah, Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita NAK. Terima kasih ayah..

copied from frenz...

Marah EYr..??? Lawan kan ia DengAn Air Yang Sejuk...










       =





Perlukah kita marah-marah?

Sikap marah adalah salah satu dari sikap-sikap negatif. Apabila kita jadi orang yang suka marah-marah, itu maknanya kita adalah orang yang lebih banyak terdorong pada kenegatifan. Fikiran kita negatif, kata-kata kita negatif, walaupun kata-kata di dalam hati.

Nak berjaya, nak bahagia, kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang pandai mengawal rasa marah. Biar kita yang mengawal marah, bukan marah yang mengawal kita lalu menukar kita menjadi seperti seekor singa.

Marah adalah sebahagian daripada diri kita kerana marah tu adalah emosi kita.

Emosi boleh dikawal. Caranya adalah dengan mengurangkan emosi asal kemudian menukarkannya dengan emosi lain.

Lawan marah adalah ketenangan. Untuk mengawal rasa marah, fokus kepada melatih diri untuk bertenang.

Marah sifatnya api. Api punya selalunya menjadi pembinasa sebab api memakan semua yang dibakar olehnya. Apa saja yang bersifat api pasti membakar, memusnah, termasuklah sikap marah.

Marah yang tidak dikawal akan membakar persahabatan, perhubungan adik beradik dan perhubungan cinta lalu menjadikannya tidak bermakna lagi. Sesiapapun tak akan suka mendekati Anda apabila Anda menjadi orang pemarah, suka marah-marah, cepat naik marah.

Air sifatnya sejuk, mendekatkan dan mencantumkan. Sel-sel tubuh badan kita termasuklah tisu-tisu badan yang ada di otot kita mengandungi air cuma dalam jumlah yang amat sedikit. Kerana air, sel-sel badan kita dapat bergerak dengan cukup baik menjadikan kita aktif. Asal sel, memang mengandungi air.

Bertenang tu adalah sifat air. Sesiapa saja suka berkawan dengan orang yang wajahnya tenang.

Dalam usaha kita melakar kebahagiaan dan kejayaan hidup, sikap marah adalah satu cabaran besar yang patut kita tangani. Marah sifatnya menghancurkan. Tenang pula sifatnya membina, seiring dengan sifat air yang mencantumkan, menggabungkan.

Cuba tengok simen yang diguna untuk buat bangunan. Simen terhasil dari gabungan di antara pasir dan serbuk simen, dicampur dengan air supaya kedua-dua bahan mentah tu bergabung membentuk simen cair. Nyatalah air memang sifatnya membina dan menyatukan.

Mulai hari ini, elakkan sikap mudah marah, suka marah-marah. Elakkan sikap menampakkan air muka pemarah kerana sikap sebegitu akan menghancurkan jalan Anda menuju kejayaan dan kebahagiaan.

Bila Anda menjadi orang pemarah, tak ada siapa suka nak dekat. Kalo ada yang datang mendekat, maknanya mereka sedang berlakon untuk mengambil hati Anda.

Bila sudah tak ada siapa nak dekat dengan Anda, tak ada siapa yang akan suka membantu Anda untuk jadi orang berjaya. Pasangan hidup Anda tak akan kekal bersama dengan Anda. Kawan-kawan menyisihkan Anda. Ibu dan bapa Anda tak berapa ngam dengan Anda.

Elakkan sikap marah, kurangkan dan kawal. Cabaran paling besar untuk kita berjaya dalam bidang kita bukanlah dari luar, tapi dari dalam diri kita sendiri. Kita berdepan dengan cabaran mengawal sikap marah yang dah lama ada dalam diri kita.

Musibah Dalam Bercinta

















Sebenarnya, tiap kali kita di rundum masalah, itu merupakan masalah untuk kita kembali mengingati Allah Yang Maha Esa. Benarlah kata orang tua-tua, musibah di turunkan pada kita bertujuan untuk menyedarkan kita.

Kita ini hamba Allah, dicipta sempurna untuk beribadah kepadanya. Musibah adalah cara Allah menegur kealpaan kita.

Itu kalau kita sedar. Kalau kita tak sedar-sedar musibah tu di turunkan untuk menyeru kita kembali menyembah Yang Maha Esa, tak ke bertambah-tambah berat nanti musibah ke atas kita pada masa-masa akan datang?

Bersangka baiklah dengan musibah. Musibah dalam bercinta biasanya berpunca dari sangkaan-sangkaan buruk, pembohongan, sikap tidak jujur atau sikap suka ‘bohong sunat” yang akhirnya memakan diri.

Sikap negatif dalam perhubungan cinta biasanya di dorong oleh hati yang tidak takut pada kebesaran Allah dan kekuasaannya. Cinta sesama manusia akan jadi lebih mekar bila ia ditunjangi agama, berpaksikan sikap saling memberi antara satu sama lain.

Dari bercinta-cinta, baiklah berumah tangga. Biar ada ‘ending’nya. Upgrade cinta ke next level – cinta dalam kehidupan berumahtangga.

Musibah dalam bercinta kita tidak dapat elak. Kita cuma boleh hadapi dengan tenang, kawal dan fokus kepada usaha menyelesaikannya. Kala bercinta, emosi cukup sensitif. Terutama sikap cemburu.

Thursday 14 June 2012

AnGgUr Vs ArAk...













Assalamualaikum buat spe2 yg terbaca post niey... hari niey update mengenai persoalan tentang suatu hukum Islam... post nie dpat dari seorang senior... sye share utk renungan kita bersama.. selamat membaca....^_^

استقبل مسيحي رجلا مسلما في بيته .. فأحضر له العنب .. فأكله المسلم ..
ثم أحضر له النبيذ (خمرا) فقال المسلم : هذا محرم علينا

فقال المسيحي : عجباً لكم أيها المسلمون تحلّون هذا و تحرّمون هذا ..
مع أن هذا من هذا !!..
فقال المسلم : ألك زوجة ؟
فقال المسيحي: نعم ..
فقال المسلم :آتني بها .. فأحضرها

ثم قال له : ألك ابنة؟
ققال المسيحي : نعم

فقال المسلم : آتني بها .. فأحضرها

فقال المسلم : أما ترى أن الله أحلّ لك هذه و حرّم عليك هذه .. مع أن هذه من هذه !!

فقال المسيحي : أشهد أن لا إله إلا الله و أن محمداً رسول الله.

Terjemah:

Satu org masihi terima seorang muslim sebagai tetamu di rumahnya....lalu dia sediakn la buah anggur utk si muslim...lalu makanlah si muslim buah anggur ..de si muslim perabih anggur gk, masihi bawk mari pulok arak bg ko muslim tu...muslim tu habaq kt dia: benda ni haram ke atas kami...

Si masihi ni rasa pelik then habaq pi kt muslim ni : Pelik la aku dgn hampa ni (Muslim), kamu halal kan ini(sambil tunjukkan anggur) dan kamu haramkan ini(smbil tunjukkan arak), walaupun yg ini(arak) asalnya drpd ini (anggur)...

Muslim ni dk serabut dgn masihi ni then tanya dia: hang ada isteri????
Si masihi habaq kata: Yes, I have wife.... :)
Muslim ckp lg : Bawak mai sat isteri hang sini....maka mai la isteri masihi saknih

Muslim: Hang ada anak perempuan?
Masihi: ada!
Muslim: PAnggil anak hg sat... maka dtgla ank masihi tu...

Muslim pun kata kpd masihi: Bukankah Tuhan menghalalkan utk kamu ini( sambil menunjukkan isteri masihi tadi) dan mengharamkan ke atas kamu ini( sambil menunjukkan anak perempuan masihi)...walaupon ini( si anak) drpd ini (si isteri)!!!!

Masihi: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu rasul Allah

^_^ ^_^ >>copynpaste<

Sunday 3 June 2012

Ku BerSeRah atas SegAlanYa..
















Saya minta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya kuat.

Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk bekerja...

Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk diatasi..

Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya ORANG2 YANG BERMASALAH untuk dibantu...

Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG...

Saya tidak meminta apa2 untuk diri saya, tetapi saya menerima semua yang saya perlukan...