Friday 15 August 2014

Terima kasih ku buat semua... ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang telah sampai ke blog ini…. ^_^

Terima kasih kerana sudi menjengah lagi ke blog ini…

Sebenar nyer sye buat entry ni hanya untuk mengucapkan terima kasih buat semua orang yang telah buat ucapan hari ulang tahun saya yang ke….. hehe.. rahsia…. Dah tua dah… ^_^
Alhamdulillah... Allah masih beri kesempatan utk saya bernafas hari nie... mungkin kah lagi ad hari esok...?? Rahsia Allah... <3 ... Astaghfirullah...

Ha… nah ucapan saya kepada semua…
>>> ucapan ribuan terima kasih ku buat saudara mara, sahabat2 n semua lah... Allah masih pinjamkan mira syu nie kat sini.... buat ibunda dan ayahnda tercinta... terima kasih along ucapkan... along dh besar.. ibu n ayah dah besarkan along sampai jd mcm nie…


Buat rakan2 yang telah wish birthday saya… terima kasih yerp… buat doa kalian.. semoga Allah menerima doa2 kalian dan memberi kebaikan doa tersebut kepada awak jugak…

Dalam kegembiraan saya meraikan ulang tahun saya…. Saya sedih dlu seminggu sebelum tu… Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa rindu nya saya terhadap rakan saya… sye nie jenis yang akan cakna skit besday org yang besday bulan 8 nie… sampai saya teringatkan seseorang.. Ya Allah.. besday sahabat…. :’( …. Mengalir sekali lagi butir2 mutiara… Allah.. Allah… rindu sngat… rindu awak.. semoga awak tenang di sana… saya hanya boleh wish awk dlam doa saya… awak doakan untuk saya jugak yer….


Seorang anak sulung yang  sepatutnya memikul amanah yang berat sebagai seorang anak yang paling besar, menjadikan aku amat terasa kehilangan beliau…. Ya Allah… kau pergi meninggalkan amanah mu kepada adikmu… itu kisah mu sahabat.. bagaimana pula kesudahan hidupku.. aku juga tidak tahu… Rahsia Allah semuanya… setelah kehilangan mu… membuatkan aku lebih sedar.. bahawa.. bukan hnya Jodoh dan pertemuan sahaja yang menjadi rahsia Allah… tapi… Ajal dan maut juga adalah rahsia Allah yang bila2 masa ja tanpa terkurang atau terlebih sesaat pon… Ya Allah.. Ampuni Aku…

Kegembiraan ku di sini menyambut ulang tahun aku dengan rakan2 .. tetapi kesedihan apabila berjauhan dengan family… sampai ada kawan yang rapat bertanya.. family x dtg ke..?? ehm… nak buat macam na… sye dah besar… cukup2 lah… kecian family saya… t kan boleh sambut ag dengan family.. kalu Allah beri kesempatan ag… terima kasih kerana ambil tahu ag… ^_^

Tapi kan.. bila naqib usrah ad bertanya.. kalu ditakdirkan orang Gaza n Palestin membuka peluang untuk menjadi sukarelawan di sana.. siapa yang akan pergi…??? Tanpa fikir panjang aku angkat tangan… mampukah aku…?? Itu ak tak terfikir… entah… jiwa aku seperti nak ke sana… walau bukan untuk pergi mengangkat senjata bersama mereka… tetapi aku ingin menaburkan khidmat aku sebagai sukarelawan… walau hanya dalam gambar, aku dapat rasakan betapa sibuknya doktor2 di sana, sukarelawan di sana, seperti x ckup kaki tangan… aku tingin sngat nk hulurkan bantuan…t tapi apa daya ku… aku masih di sini.. aku hanya mampu mendoakan kamu saudara ku di sana..

Cukup la dlu setakat ini entry aku buat masa ini.. bagi aku , aku baru tulis sikit jer nie… hahaha.. ntah lah.. “Bisikan Hati” membuatkan aku terasa ingn menulis lg.. tetapi bila fikirkan engkorang yang nak baca.. kecian pulak.. :’) .. cukup2 lah dlu yer.. sye sendiri pon dah x larat nak tahan air mata nie lagi…. Oke..??
Terima kasih kerana sudi baca entry nie… “Bisikan Hati” sayang engkorang… u are the best…


Saturday 9 August 2014

KerAna Kamu Aku Tenang... ^_^

Sebulan berpuasa.. Sebulan juga aku beraya...
Perut penuh dengan pelbagai juadah...
Assalamualaikum kata ucapan pembuka bicara...
bersama lagi di laman Fatimah Zinnirah.... 

**hancur pantun aku buat... hahahaha

Assalamualaikum semua.... Hye... Salam Sejahtera..... 

apa khabar semua...?? sihat..??

hari nie... nak ber "entry" pasal keindahan alam... 

wahhh..... lain daripada yang lain nie.... hehe... ^_^ .... jom.... kita ikuti segmen ini...

baca sampai habis taw.... 


LANGIT...


bila ku melihat kamu... kamu tinggi sangat.... kamu jauh di atas sana.... kebiruan mu membuatkan aku tenang... awan yang berarak langsung tiada halangan.... sungguh indah ciptaan Allah.... burung terbang bebas di atas menghiasi lagi kecantikan kamu.... kamu diciptakan Allah tanpa ada tiang pun.... kamu teguh di atas tanpa jatuh menimpa bumi.... 

bila siang ku lihat mu biru.... lihat malam ku lihat kau hitam dan gelap... tapi dalam gelap itu, Allah beri kamu teman iaitu bintang... yang membuatkan kamu kembali mendapat seri itu... cahaya bulan dan bintang yang menerangi sangat indah dan membuatkan semua orang terpukau.... tenang... tenang sangat... 

"Jika kau berasa kau sentiasa di atas... ingat.... ad yang lagi atas daripada kamu yakni Pencipta mu.. Jangan sekali-kali kamu angkuh..." 

LAUTAN....


keindahan mu dihiaskan oleh Allah dengan berbagai kehidupan... ada kehidupan di laut... ada kehidupan yang bergerak di atas mu... semua kehendak Allah... ombak yang menghempas pergi dan balik.... membuatkan aku terpukau.... bunyi deruan angin di waktu pagi, petang, malam... semua ibarat tiada yang lebih nyaman daripada itu... bunyi deruan ombak itu sentiasa aku terbayangkan di dalam benak fikiran ku.. sehingga membuat aku leka dan terpukul sama macam tepian lautan... kekuatan ombak yang sering membadai pantai membuatkan terhiasnya berbagai bentuk batuan... walau pada dasarnya, air itu dilihat seperti sesuatu yang lemah... tetapi apabila ia berkumpul, besar akibatnya... 

semua gabungan yang Allah anugerahkan kepada mu menjadikan ia terlalu berharga... tidakkah manusia itu sedar.. kejadian mu itu ada hikmah nya...??? sesuatu yang tidak boleh diungkap dengan sesuatu... 

" Jika kamu terasa hati mu itu serabut dengan pelbagai masalah... cuba kamu ambil masa walau sekejap... duduk di tepian pantai sahaja.... perlahan-lahan kamu hirup udara segar di situ... tutup  mata kamu... cuba hayati bunyi ombak dan rasai lah angin nyaman yang memukul halus wajahmu.... Tidak kah ia terasa hilang atau kurang sedikit masalah itu...??? hargai la ciptaan Allah... "

KEHIJAUAN ALAM....


hijau mu bukan sekadar warna biasa.... tetapi sangat luar biasa..... dedaunan hijau yang Allah cipta itu khas buat mu... cukup sekadar aku berada di tempat yang sangat tinggi... aku nampak semuanya hijau.... kadang2.. aku tak pernah menghargai kehijauan itu.. kerana... bagi aku... semua hijau biasa... 

tapi... aku sendiri tidak sedar.... sesuatu yang hijau itu membantu aku bernafas sehingga hari ini.... bila kau sedar sebenarnya hijau itu juga anugerah dari Allah... aku sangat bersyukur... bukan sahaja aku dapat bernafas dengan mudah.. tetapi di sebalik hijau itu aku rasa seperti "hidup".... bukan kebiruan langit sahaja yang membuatkan aku tenang, malah hijau mu juga buat aku rasa seperti itu... sebenar nyer bumi itu cantik dengan kehijauan yang pelbagai bentuknya... kamu menghiasi dahan pohon, kamu yang membantu mencantikkan persekitaran sekeliling.. tanpa kamu... kosong.... tiada apa2 yang menutupnya... 

" Bila terasa kehilangan.. baru aku sedar bahawa betapa indahnya sesuatu itu... dan aku harap aku tidak mengulangi nya lagi..."

AIR TERJUN...

air yang mengalir tetap terus mengalir walau beribu batuan yang menyekat.... deras di pangkal nya.... kian lembut aliran di hujungnya.... aliran kamu yang deras dan kuat itu, kadang2 aku terasa seperti membingitkan telinga... tapi kenapa lah aku tak terfikir selama ini bahawa kamu itu juga indah.... walau sedikit kuat deruan mu dan berbahaya kepada sesiapa yang mendekati mu... tapi kamu lah yang sebenarnya menghiasi sebuah ciptaan bernama air terjun... ^_^ 

" Ibarat liku kehidupan yang pelbagai ragam... kamu tetap perlu harunginya... "Redah ajer selagi boleh.." Jangan pernah menyerah... biar susah dahulu.. tapi kamu senang dikemudian hari.. bersabarlah..."



Hahaha..  jiwang lah penulis entry hari nie.... sejiwang-jiwang saya... saya perlu bersyukur... begitu juga awak semua.... Allah ciptakan sesuatu itu mesti ada maksud dan hikmah yang tersendiri... seperti mana keindahan2 alam nie... ia menjadikan kita tenang... dan kadang2 kita sendiri tak sedar... air mata kita mengalir... Puji dan Syukur ku hanya untukMu Ya Allah.... izinkan aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dan tidak mengeluh dengan semua ini.... Allahu Robbi... :') 

**oke... cukup sekadar ini.... hayati setiap kalimah ini.. dan cuba rasai sendiri ketenangan dengan ciptaan Allah di muka bumi ini.... 

*Selamat mencuba... (^_^)