Friday 25 May 2012

Couple vs Ayam Goreng.. nyum3...





“Apa benda couple tu?” “Jenama ais krim ke?”
“OK, cuba kamu fikir dan cuba terangkan pada saya apa yang kamu faham tentang couple?”
“Apa yang kita semua  faham, couple ni macam bercintalah kan ....”
Mari kita sama2 fikir dengan fikiran.. hati.. supaya sama-sama mencari jawapan x la saya jer fkir...
 Sebab kadang-kadang, jawapan kepada persoalan yang ditanya sudah kita tahu tanpa kita sedari.  Cuma masih belum kemas barangkali kefahamannya.
Macam mereka yang masih remaja.., bercinta sebelum kahwin.  Masing-masing ada pasangan masing-masing.  Boyfriendlah,  girlfriendlah.  Macam tulah… Boleh ker..?
“Begini…saya nak tanya kamu semua balik.  Apa yang selalu diperbuat oleh pasangan-pasangan yang bercinta ini, yang kamu panggil couple ini?” soalan ini  bagi membuka minda kita smua..

“Tentulah mereka berjumpa, berdating ..Mereka tukar-tukar hadiah, mereka keluar sama-sama, belajar sama-sama…
“OK, kalu semua jawapan inilah yang kamu semua kata orang yang bercouple akan berjumpa, dating, itu dan ini.  Dalam ISLAM boleh ke lelaki dan perempuan berjumpa?”
“Boleh lah….Kalau tak boleh macam mana nak beli barang, nak belajar dan sebagainya.” Maybe akan segelintir yang berfikiran sebegini..
“Ha.., begitulah.  Lelaki dan perempuan kalau mempunyai urusan atau hajat tertentu memang boleh berinteraksi dan bermuamalah seperti berjual-beli, belajar, bermesyuarat dan bekerja.  ISLAM membenarkan.  Tetapi, jika tiada sebab yang penting, ISLAM melarang lelaki dan perempuan bergaul bebas dan berjumpa.”
 “Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan.  Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak.  Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut.  Apabila ditanya kenapa dibuat demikian,  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan.”

“Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir.  Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.”  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau.  Tapi engkau boleh melihat dia.”  Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya.  Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.”
“Jadi, saya rasa kamu dapat jawapannya kepada persoalan pasal couple ini.  Kamu semua lihatlah orang-orang yang disekeliling kamu yang sedang  bercouple, apa mereka buat?  Mereka berjumpa, berbual-bual, bermesra, keluar sama-sama; sedangkan ISLAM tidak merestui hubungan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berbuat itu semua.  Pendek kata, ia hanya akan meletakkan diri seorang muslim dalam keadaan berdosa dan kemurkaan ALLAH.  Malah boleh menjerumuskan diri ke dalam perzinaan.”
Allah telah berfirman dalam Al-Quran.., “LA TAQRABUZZINA!”…ALLAH Subhanahu wata’ala kata jangan dekati zina.  Perbuatan-perbuatan seperti berdating, berjumpa, keluar sama-sama, itu semua adalah perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kita semakin hampir dengan zina, na’udzu billahi min dzalik!”

Pernah x kamu semua terbaca atau maisih ingat  lagi tak hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sebut pasal lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan..? Hadith pasal lelaki dan perempuan yang bersendirian akan ditemani oleh ‘orang’ ketiga, iaitu Syaitan.
 “Syaitan ni takde kerja lain.  Kerjanya untuk menyesatkan manusia.  Jangan awak sangka Syaitan duduk di antara lelaki dan perempuan yang bersendirian tu tengok aje, senyum-senyum aje.  Tak!!!!  Dia akan mainkan peranannya supaya lelaki dan perempuan itu akan terjebak dengan zina, iaitu dosa besar yang dimurkai ALLAH.” …

“Mungkin mula-mula ringan-ringan.  Pandang-pandang, sentuh-sentuh.  Kemudian pegang-pegang.  Apabila dah biasa, mulalah berzina.  Syaitan ni pandai, genius.  Dia dah ada pengalaman jutaan tahun.  Bagi dia kacang je nak bagi manusia ni terjebak dengan bunga-bunga zina dan zina itu sendiri.  Sejarah dah membuktikan.  Malah sekarang ni pun macam-macam gejala sosial berlaku.  Bohsia, bohjan, buang bayi, pelacuran.  Ini semua akibat kita pandang ringan hukum ALLAH.  Astaghfirullah…”
“Sebab itu kita disuruh jaga pandangan mata kita dan seluruh pancaindera kita. Kalau kamu semua  nampak ayam goreng, kamu rasa nak makan tak ayam goring tu..?” tengok iklan dalam tv pon dh tak tahan kan..?

“Tentulah kan…  Bukan sahaja nampak, bau aje pun dah teringin.”

 “Hehe…tulah manusia.  Manusia ni kalau tak jaga pandangan dan pancaindera kita, kita tentu berkeinginan untuk memiliki sesuatu.  Kalau awak pandang lelaki, tentu awak rasa nak memiliki perhatian lelaki itu.  Macam lelaki, kalau dia nampak perempuan cantik, tentu dia nak jadikan dia sebagai awek.  Tapi, kalau dia tak nampak dan tak tengok, tentu dia tak teringin pun.  Fikiran kita pun jangan disibukkan dengan hal-hal couple ni.  Jangan asyik berbual pasal couple dengan kawan-kawan, gossip si anu dengan si anu, baca buku cinta…ini semua dapat membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercouple.”
“SubhanALLAH, ALLAH tahu fitrah kita.  DIA yang ciptakan kita.  Dia suruh kita menundukkan pandangan ada sebabnya.  InsyaALLAH, jika kita ikut apa yang ALLAH suruh, kita semua  akan selamat dari bahaya bercouple ini dan lain-lain bahaya…” kerana Allah tidak menurunkan bala pada tempat2 yang berbuat maksiat itu sahaja tetapi kepada seluruh masyarakat yang ada di situ…

“Malah, jika kita jauhi amalan couple ini, insyaALLAH gejala sosial seperti zina dan buang bayi akan menjadi sifar.  Masyarakat akan lebih sejahtera.  Nampak tak betapa besarnya implikasi couple ni.  Mungkin sebahagian masyarakat nampak kecil dan biasa-biasa sahaja, sedangkan ia boleh menatijahkan sesuatu yang buruk kepada masyarakat.”
Sebaik-baiknya kamu semua cuba lah kongsikan ilmu yang telah kamu dapat dalam  teks hari niey.. saya minta sangat pada kamu semua yang telah membaca teks2 niey.. KONGSIKANlah apa yang kita bincangkan ini dengan kawan-kawan yang lain.  Mudah-mudahan mereka semua akan faham apakah kedudukan bercouple ini di sisi ISLAM….”
Sekian… buat mu sahabat2 yang membaca…
Sampaikan lah dariku walaupun satu ayat.. tidak kurang ilmu jika masing2 berkongsi2.. sharing is caring..

Friday 18 May 2012

BuBuq AsyUrA di MalaM2 HaRi...

Assalamualaikum.. buat rakan2 yang rajin bce fb niey... thanx yer... sayang korang semua.... hah.. niey update utk kali niey... kita update pasal buat bubuq asyura.. walupon satu muharam dah lme lepas.. tapi disebabkan ada orang teringin nak makan.. saya cuba lah buat.. dya sanggup terima bubuq try n error saya.. hahahah.. tima kasih sgat2 kepada kawan ye tu.. dye sanggup beri kata2 semangat kat saya walaupon sye tahu sye masak x bpe nk jadi.. ataupon x jd langsung.. (ayat pasrah)... hehehe...  buat kepada sesiapa yang berasal dari kedah.. ini adalah hasil buatan saya.. heheh.. maaf lah yer.. tak jadi bubuq asyura negeri hampa.. bubuq asyura penang lain... 



hehehe.. amacam.. terliur x..?? sure langsung x..? kalu yer.. suh mak2 hampa smeua di rumah buatkan ya...?? hehehe... nak resepi buat bubuq niey x..?? nah.. salin... 
RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

CARA MEMBUATNYA
campurkan tepung gula santan kacau sebati
panaskan dengan api yg perlahan
setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.


dah siap salin.. apa lagi.. masuk lah dapur g masak nuh... hehehe... itu saja update buat kali niey... selamat mencuba...