Sunday, 8 March 2015

BANTUAN KHAS BUAT KAKAK TERCINTA

Assalamualaikum.... Salam sejahtera buat rakan2 blogger ustazah... semoga kehidupan kamu sentiasa dibawah rahmat Allah...



Di sini, sekali lagi.. Ustazah buat segmen khas untuk kakak senior saya yang saya sayang....
Sebelum Ustazah bagitahu lebih lanjut.... Meh ustazah cerita serba sedikit mengenai kakak Ustazah ini...

*nama nya kak Najihah.... akak nie tersangat la comel... baik... lembut... boleh dikatakan kalau tengok sekali tu nak pandang sekali lagi lah... hehehe.. (^___^) ... bukan niat nak promote akak nie... Dia juga seorang pelajar yang baik dan sopan santun... Seorang rakan yang mesra dengan sahabat2 nya... Seorang yang periang... tak pernah bermasam muka dengan orang yang dia jumpa.... hehe... Dia juga seorang bakal guru yang berwibawa... Sekrang dia berada di semester 7 dan merupakan tahun akhir bagi beliau sebelum menamatkan pengajian bg tahun 2015...

Serba sedikit mengenai beliau... Untuk perkara yang UTAMA...

Ustazah nak buat segmen khas ini beliau yangs edang menghidapi masalah jantung... beliau akan menjalankan pembedahan dalam waktu yang singkat ini dan memerlukan kos yang tinggi.... Kalau bagi kita yang berpendapatan yang rendah dan biasa2 ja ini... mungkin tidak mampu bagaimana untuk diungkapkan... apatah lagi.. kami student... sedih mendengar situasi akak sedemikian rupa... Jadi....

Ustazah mohon bantuan sahabat2 blogger.... TOLONG sangat2 untuk  uar2kan perkara ini agar ramai lagi yang dapat membantu kak senior Ustazah ini... Ustazah tahu.. ramai sahabat blogger yang telah menjadi Blogger terkenal... jadi... dengan rendah hati.. Ustazah mohon viralkan lah segmen ini.. agar ramai yang dapat meringan kan beban orang yang amat memerlukan... tak kisah bantuan dari segi apa pun..

Bismillah... Ya Allah.. Permudahkan segala urusan Najihah Che Azhar... Sembuhkan penyakitnya dan Berikan dia semangat untuk terus berjuang dalam menabur bakti kepada generasi-generasi akan datang... Amin ya robbal a'lamin..

Tuesday, 3 March 2015

SEGMEN BLOGWALKING AMAL WAKAF PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

SEGMEN KHAS "BERBLOGGER SAMBIL BERAMAL" ^_^

Ustazah ucapkan selamat kembali ke blog Ustazah nie... hehe... rindu pulak ustazah nak rajin berblog... huhuhu.. (-_-)  padahal bru update entry yg lepas.. :P

hahahaha... kat sini ... ustazah nak bgthu cket... ustazah nak buat satu entry khas... pergh... x pernah2 ustazah buat entry khas.... selama nie buat pasal perasaan jer...

Segmen nie adalah untuk memberitahu dan mengajak  orang ramai bagi sama-sama membantu mereka yang memerlukan untuk pembinaan Surau S.R.A. At-Taqwa, Temerloh... 

...SEKARANG.... 

**sila klik link di bawah ini untuk keterangan lanjut...****


 SEGMEN KHAS "BISIKAN HATI"


Objektif utama segmen ini ialah untuk MENGWAR-WARKAN PADA ORANG LUAR TENTANG HAJAT SEKOLAH INI INGIN MEMBINA SURAU MEREKA SENDIRI. Insyallah dengan tersebarnya segmen ini di alam maya, di harapkan ramailah umat manusia di Malaysia ini akan mengatahuinya....    **ayat c/p.. haha

Ustazah buat segmen nie bukan lah bererti ustazah ini baik dan pemurah... tetapi ustazah ingin mengajak rakan2 blog ustazah jugak untuk sama2 menyumbangkan setakat mana yang kita mampu... 
Ustazah percaya... rakan2 Blogger ustazah nie bukan calang2 orang... ada di kalangan orang yang bekerjaya... dlm kalangan org yang berpendidikan tinggi... ustazah nie biasa2 jer... student lg pulak tu... ^_^ .... 

Jadi.... di sini.. ustazah ingin buat segmen nie untuk menguar-uarkan kepada semua.... supaya kita dapat sama2 membanttu meringankan beban mereka2 ini.... Walaupun duit kita dah banyak melabur sebelum ini pd benda yang berfaedah.. tapi... kalu sekali ini sahaja.. kita cuba pulak untuk menaburkan wang ringgit kita untuk membantu masalah2 ini.. tak pe kan...??

Rakan-rakan blog ustazah kan baik semua nya... Jom kita sama2 bantu.... Kalau kita x mampu untuk sumbang dri segi wang ringgit... Kita cuba sumbang dri sgi buat Entry khas dan uar2 kan benda nie kepada org luar ker.... Kalau kita x mampu jugak... Habis baca Entry ustazah nie... Kita sama2 berdoa untuk kebaikan dan kemudahan orang2 yang terlibat dalam ujian di atas... 

****  Bismillahirrahmanirrahim.... 

"Ya Allah... Mudahkan segala urusan mereka... Kuatkan semangat mereka bagi menghadapi ujian yang Engkau berikan kepada mereka... dan... jadikan lah ujian yang menimpa mereka ini salah satu ujian yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka dan kepada kami juga yang sedang diuji sama ada kami bersyukur atau tidak dengan nikmat yang Engkau berikan selama ini.... 

Ya Allah... Dengar lah doa kami dan makbulkan doa2 kami ini.. dan jangan Engkau halang doa kami drpd diterima oleh Mu dan sampai kebaikan ini kepada mereka  kerana  hanya disebabkan dosa2 yang kami lakukan.... Aaaaminnn....  " 

Sunday, 22 February 2015

Sekali Lagi... ^_^

Bila bersendirian..terasa ingin bpasangan...
pabila sudah ad yg bkenan.. hati pula terasa ingin keseorangan...
itu lah lumrah manusia.. kekadang seperti tidak reti bersyukur dengan apa yg dimilikinya sekrang... apakah aku dlam kategori tsebut... mungkin ya.. dan mungkin tidak...
memang dari dlu pon... ak tak terasa ingin mpunyai pasangan.. ttapi.. apabila keadaan sekeliling berbicara mngenai kasih sayang... diri kadang2 goyah jugak...
disebabkan kesibukan di alam universiti semester2 akhir... aku terasa ingin lebih memilih single drpd double... kerana itu yang aku rasa terbaek buat diri aku... bukan lah aku ingin menolak fitrah manusia untuk mpunyai teman hidup.. tetapi.. hahahaha.. biarkan lah dulu...
bagaikan pelangi.. wujudnya setelah hujan membasahi bumi... baru muncul sang indah menarik perhatian insan untk melihat nya... jadi... izinkan diri ku... untuk menjadi seperti pelangi itu... biarkan diri ku dengan sikap ku... suatu hari nanti.. mungkin ia akan terbuka dan mewangi juga apabila sudah tiba masanya... waiting for 28 februari... doakan lah supaya semua nya berjalan lancar... peace yo..!! ^_^

Saturday, 7 February 2015

Sukarelawan Hujung Minggu



Alhamdulillah... sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk hidup hari ini dan mnyertai program sukarelawan di Hospital serdang... MasyaAllah...

tidak lah dikatakan beriman seseorang itu sebelum dia diuji.... Ya Allah.... berat mata memandang berat lagi beban yang memikul...

Allah beri ujian tanda Allah sayang pd kita... dan ujian buat kita yang tidak sakit pula ialah setakat mana kita bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah beri selama ini.. hurm....


Firman Allah SWT: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Ku (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat pentunjuk.
(Al-Baqarah:186)


( Catatan : ada pesakit yg tertarik pd keindahan Islam... sering mengikuti rancangan berkaitan dengan agama di televisyen.... tdpat seorg sukarelawan yg telah mberi alamt n no tel utk dihubungi jika ad pape pkembangan utk btanya dan masuk agama Islam... ) So... peranan kita...??? ^^ fikir2kan...

***Jom sama2 kita luangkan masa utk join sukarelawan di kawasan yang berdekatan dengan kita...
**Aku mengajak kamu bukan kerana aku sudah baik... Tetapi aku belajar untuk jadi baik bersama2 dengan kamu semua.. Kerana sturga itu luas dan indah tempatnya... dan aku ingin menikmati keindahan syurga itu bersama kamu jua..


AYUH... SAMA-SAMA SAHUT KEBAIKAN...



Wednesday, 4 February 2015

Coretan Jalanan Tanda Ingatan Ku Buat Mu..

Assalamualaikum... bertemu kembali la yer bersama ustazah.. hehe... ustazah ingat ustazah nak update sikit sementara data internet banyak nie... ustazah nak balas blog sahabat ustazah... nak baca tak...???? teruskan la ea baca... kalu awak tak baca.. siapa lagi nak baca blog BISIKAN HATi ustazah nie.. :( hehe...