Thursday 14 March 2019

Rindu tak terbalas

Hari ini kembali saat air mata ku menitis kembali tatkala aku tersangat merindui mu....

sejujurnya gambar2 mu membuatkan aku terasa rindu.......

tak pernah terdetik di hati ini untuk ku melupakan kamu dan meninggalkan kamu...

tetapi bagaimana ingin  ku lawan rasa rindu ini wahai teman...
ajar kan aku untuk terus kuat....

aku betul2 lost dan tiada hala tuju bila aku terkenang kan kamu...

bangun lah sahabat... berjuang laa untuk terus sihat...
aku rindu telatah kamu... aku rindu akan mesej2 kamu.. aku rindu kenakalan kamu...

bila mana tiada lagi tempat untuk ku mengadu.. teman bergaduh... teman bertekak..

awak... bangun laaaaaa...

saya penat melayan perasaan seorang diri... bila mana saya rasa rindu ini hanya sekadar saya seorang yang rasa...

tapi awak tiada rasa apa2... awak langsung tak ingat saya...

awak langsung tak ingat diri sendiri...

kasihan pada mama... yang tak jemu menjaga awak... tak kenal erti penat lelah... tak mengira sbanyk mana lagi kudrat yang tinggal untuk jaga awak...

awak... bangun laa... sedar laa.... ingat lah semula.... kembali laa sahabat ke dunia yang nyata...

jangan kau terus berada dalam alam khayalan mu....

aku merindui kamu,  teman....

Wednesday 6 March 2019

Tragedi Semalam

Susunan ayat yang masih cuba untuk ku coretkan walaupun seperti tiada yang membaca BLOG ini...

tidak mengapa.. biarkan ia menjadi tempat untuk ku luahkan isi hati yang terpendam... agar kurang sedikit bebanan yang tertanggung...

Pada tanggal 26 Januari pada jam 12.24 minit tengah malam... aku melihat handphone menunggu mesej daripada mu.. tetapi hampa...

lalu aku memulakan perbualan... "awak dah sampai..??" --- mesej terhenti di situ dan masih tiada jawapan---- 

mata seperti tidak mahu lelap... masih menunggu jawapan.. 

Lebih kurang pada jam 1 pagi.... aku menerima panggilan daripada "mama" .... 

"ehem2... membetulkan suara... dan menayukan suara... Assalamualaikum.. yaa makcik... "mira"... yaa "makcik nak bgthu nie.. Amirul excident.... ---tiada kata sesaat dua--- "Allah........... dengan apa..? dia balik dengan apa tadi..???? "tu laa.. dia balik nek motor... "dia kritikal dan berada di icu... mira jgn risau yaa.. makcik ad kat sini tunggu dia.." ---perbualan terhenti...

TETAPI...... jantung dan air mata yang menjawab segla perbualan tadi.... aku terkenang kisah sebulan yang lepas... di mana semua tragedi ini terjadi... sebuah penceritaan yang aku tak pernah bayang kan terjadi pada diri ku dan orang yang aku sayang....

tidur ku terbantut menunggu berita tentang kamu.. bertemankan kekuatan yang masih berbaki... 

aku tahu saat ini... hanya Allah tempat bergantung.... aku tiada kekuatan untuk meneruskan segala aktiviti seperti malam2 sebelumnya,... 

berteman kan sejadah, telekung dan air mata.... aku kuatkan diri untuk solat dan bacaan yasin agar kau terus berjuang untuk melawan saat2 kritikal itu... 

aku di sini... dan engkau di sana... hanya yang ku pinta pada YANG ESA... agar kau terus diberi kekuatan untuk terus hidup dan berjuang untuk kembali sedar seperti biasa.   Allah...

hingga ke saat ini... air mata tidak pernah berhenti mengalir tatkala mengingatkan kamu.... 

Aku Rindu....