Assalamualaikum kepada rakan2.. boleh sye bertanya sesuatu..?? jika anda mempunyai sahabat... tetapi tetiba dye macam x bpe nak rapat dgan awk.. agak2 awk akan rse x perubahan pada diri si dia...?? atau perubahan terhadap sikap dye...?? setiap persahabatan tu ad permulaan dan pengakhiran ke...?? bagi sye persahabatan itu dibawa hingga ke akhir hayat.. Alhamdulillah... setakat nie.. sye x pnah lpe muka kwan2 sye.. walaupon masing2 dh berubah wajah.. yang mne sye kenal nme.. Maha Suci Allah.. sye x pnah lpe nme2 mereka.. tapi.. klu ad yg terlepas pandang sye minx maaf sgat2... ehm.. sye sedih ble sebuah persahabatn yg terjalin menjadi bahan bualan org.. x smestinye apabila kita rapat dgan seseorang tu, si dia ialah kawan baik kita kan..?? ehm.. tapi.. klu org dh anggap itu kawan baik kita.. kwan rapat kita.. mereka akan tertanya2.. kenape ary nie dye x jalan2 pon dgan kwan rapat dye tu..?? knpe ary nie dye x mkan dgan kawan baik dye tu..? ehm.. entah lah.. setiap persoalan ini akan bermain2 di fikiran sesetengah org.. mungkin benda nie terjadi kat diri sye.. tapi.. biar lah.. sye x kisah.. jika seseorang itu ikhlas berkwan... InsyaAllah persahabtan itu akan berkekalan biarpun dalam keadaan yg x senantiasa bersama.. x senantiasa berkepit berdua... Sye sampai sedih ble ad org yg mempersoalkan sebegitu rupa.. sebab sye takut akan timbul perasaan buruk sangka terhadap rakan saya.. sye x nak benda tu mcam tu.. kcian kawan sye... kcian sye jugak.. sia2 saja dpat dosa sebab berprasangka buruk terhadap org... Ingat lah wahai sahabat yg mengenali diriini.. sye akan ingat kamu semua.. InsyaAllah.. selagi Allah memberi peluang kpd sye utk mengingati kamu.. sye akan cuba utk kekalkan kenangan kita bersama... Kawan2 di tadika.. Rakan2 di sekolah rendah.. Sahabat2 di sekolah menengah..
Teman di temuduga.. Asdiqoi di UMP.. Zamilihi di IPG... Saya sayang persahabatan yang terjalin.. semoga kekal hingga ke akhir hayat... Salam Mujahadah buat semua... Uhibbuki Fillah.. (^_^)
Saturday, 15 October 2011
Monday, 10 October 2011
ThE pRoduCt Of KnOwLedGE..
Setelah mendengar tazkirah yang disampaikan oleh senior td... Begitu menyentuh hati nuraniku sebagai seorang Guru Pelatih.. Bukan untuk berbangga dgan tittle dihadapan sebagai Cikgu Atau Ustazah.. tetapi... AllahuAkbar.. begitu besar nya amanah yang perlu dipikul... Bukan sekadar mengajar di dalam sekolah.. Tidak hanya mengucapkan kata2 dalam sesi pembelajaran... Tetapi... Aku bakal digelar sebagai seorang da'ie.. seorang mubaligh yang menyampaikan dakwah kepada orang ramai.. bukan hanya di madrasah.. masyarakat sekeliling juga telah menjadi tanggungjawab ku untuk mentarbiah mereka... SubhanAllah.... beratnya amanah ini... Dpat kah ku menjalankan nya.. atau hanya berhenti separuh jalan.. Kekadang diri ini terasa seperti tidak layak untuk menjadi seorang yang suatu hari nanti akan digelar sebagai seorang "Mua'lim", "Muaddib", "Mudarris", "Murobbi", atau pon seorang "Mursyid".... Berbekal ilmu yang tidak seberapa.. Tidak sehebat rakan2 ku yang lain... Dapatkah aku menyampaikan dakwah islamiah ini dengan baik...??? Terkesan dengan satu ayat yang diungkapkan oleh seorg muslimat... " Apa yang diajar hanyalah sekadar hafalan.. Bukan untuk tarbiah di hati.. dan bukan juga untuk mendidik diri ke arah mendekati apa erti Islam.. Seperti yang kita dpat lihat.. skop2 pembelajaran begitu mantop isi nya.. tetapi.. apa yang dipelajari hanya untuk hafalan yang di "SAVE" dalam minda... di "TYPE" dalam peperiksaan.. Ini bukan lah satu fenomena yang pelik.. kerana semua org mempunyai pengalaman yg sama.. Saya akui.. tidak terlepas dgan perkara yang sma sewaktu zaman jahiliah ku.,... Tetapi.. setelah meningkat usia.. Ilmu yg dipelajari... Alhamdulillah.. serba sedikit ku terapkan dalam amalan seharian... walaupon bukan keseluruhan.. Lebih menyayat hati apabila mendengar khabar drpd rakan muslimat tersebut... Dia baru balik dari tanah GHAZA.... maka bertanya lah muslimat ini.. "Bagaimanakah sifat Muslimat2 di sana?".... "Muslimat di sana tidak pernah terfikir pon untuk memegang segulung ijazah.. mereka hanya memikirkan tentang nasib mereka.." bayangkan lah.. setiap hari terdapat bunyi dentuman bom dan peluru yang ditaburkan seperti hujan dari langit.. tidak memikirkan betapa ramai yang tidak berdosa terkulai tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan... setiap hari mereka dimandikan dengan darah... AllahuAkbar... Lihat lah kehidupan kita di sini.... Kita mengejar impian dan angan2... mengejar ilmu untu kepentingan diri sendiri.. untuk berjaya di dunia...bermimpi untuk naik ke pentas memegang gulungan ijazah.. ini bagi pelajar...kalau yang bekerja.. dengan cara nya sendiri... untuk mencari nama dan pangkat... bagi yang ingin berumah tangga... mengimpikan suami yang baik.. handsome... berangan2 memiliki keluarga yang bahagia.. bersama anak2 yang soleh dan solehah... PERNAH x kita terfikir.... "Jika aku ditakdirkan MATI hari ini... Apakah sumbangan kau terhadap Islam, yang aku mengaku sebagai agamaku...?".... Adakah kita pernah merindui mati daripada kenikmatan dunia..?? "Adakah aku masih mempunyai sifat cintakan dunia?".... Adakah kita pernah mengalirkan air mata dan seraya berkata.. "YA ALLAH.... Aku rindu kepada-Mu YA ALLAH.... Aku rindukan mati YA ALLAH.. aku ingin bertemu dengan-Mu..." Tujuan daku menulis sebegini bukan lah hanya sekadar menulis.. Ia sebagai peringatan kepada diriku yang sering lalai.. dan tidak lupa jua kepada semua insan di luar sana kerana kita terkenal dgan An-Nisyan.. iaitu pelupa.. MANUSIA.. INSAN... ehm... ASTAGHFIRULLAH.. Wahai rakan2 seperjuanganku.. Marilah kita isikan GELAS kehidupan kita dengan AIR2 yang baik.. dengan Halawatul IMAn... Dengan Madu... Supaya dapat dimanfaatkan ketika di akhirat kelak.. Ingatlah wahai sahabat2... Tanda2 Hari Kiamat telah banyak yg dpat kita lihat... Apa yang ditunggu lagi... Adakah kita mahu tunggu sang matahari terbit di sebalik barat baru kita hendak terkial2 mencari sejadah..?? telekung..?? tasbih..?? Nauzubillah... pada waktu itu.. tidak berguna lagi ya ikhwani..... Surah Al-Baqarah, Ayat 257... "Allah pelindung orang yang beriman.Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman). Dan orang2 yang kafir, pelindung2nya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.".... Sentiasalah bermujahadah semata2 untuk mencari redha Allah.. bukan untuk menjadi yang terbaik di mata insan2... Sentiasa lah berjemaah dalam setiap perubahan.. Tidak hanya memikirkan untuk kepentingan diri sendiri sehingga orang lain terbiar terkapai2 dlam mencari makna CAhaya itu... Ingatlah.. Setelah seseorang itu mengucapkan kalimah agung iaitu.. "Lailahaillallah...Muhammadarasulullah...." "Tiada Tuhan melainkan Allah... Nabi Muhammad Pesuruh Allah..." Dia telah digelar sebagai seorang Da'ie... SEkian dulu coretan drpd insan ini... WASSALAM.....
SeHari BerSAMa InsAn2 TErPiLih...
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian... ini update ary nie tapi gambar2 ini diambil pada tarikh 8 Oktober yang lepas... tentang program yang telah dsertai oleh sebahagian pelajar ipg kampus pendidikan Islam... program ini diadakan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK KIU) (Pendengaran)... Pusat ini menempatkan insan2 yang istimewa iaitu kanak2 yang mempunyai masalah dari segi deria pendengaran.. Ini adalah program gotong royong antara ibu bapa dan ahli keluarga pelajar di situ.. kami sebagai pelajar hanya lah membantu sekadar yang dperlukan.. terima kasih diucapkan kepada Puan Mazilah kerana telah memberi peluang sebegini utk sertai.... Ini adalah antara hasil kerja gotong royong yang telah dijalankan...
InI iaLah JaDUal pEmbahAgiaN Tugas.. - disediakan oleh pihak pusat komuniti tersebut..-

__________________________________________________________________________________
AgENdA sETERuSNYa...... aLAT bANtU mENGaJar....
__________________________________________________________________________________
PeRiStIWa lain yang BerLaKU...
mEMbINa PiRAMId MakaNAn.....
SEbeLUm......
SeLePAs .......
FUH LaMAk... MEmang heBAt la spe Yang LuKIS nIe... SyaBAS diuCAPkAN.... a BIG clAp for You ALL.....
__________________________________________________________________________________
SUAsana Di lUAr Pusat KoMUNiti.....
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU....
RAKYAT HIDUP..
BERSATU DAN MAJU..
RAHMAT BAHAGIA....
TUHAN KURNIAKAN...
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA...
__________________________________________________________________________________
MUraL Di diNdInG PuSaT KomUniTi.....
cANTik X....???
haSil Kerja TangAn pihaK kOmuNiTi separUH... hasil KerJa ipG KPI sEpaRUh...
hehehe... ^_^
SekiAn SAhajA untuk KAli Nie.... SelaMat BerAmal....
Monday, 26 September 2011
qada' dan qadar Allah..
setiap yang berlaku ad hikmah nya... ap yg berlaku terhadap diri seseorang pasti ada sesuatu yang telah ditentukan untuk dirinya.... seperti yang berlaku di sepanjang hidup kita di muka bumi.. renung2kan.. cerita ini akan disambungkan nanti..
Wednesday, 24 August 2011
Kekasih Agung Sedang Cemburu.
Kekasih Agung Sedang Cemburu.
Anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yang bukan mahram?Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya? Anda sedang pilih minyak wangi harum untuk keluar dating?Err,jika jawapannya ya,anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.Berkata Ibn Qayyimal-Jawziyyah:”Allah s.w.t. cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta ,harap dan takut kepadaNya dan ada sesuatu yang lain di dalam hatinya selain Dia”.
Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w.Daripada Mughirah r.a. katanya Sa’ad bin Ubadah mrngatakan:”Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong(bermesra-mesraan) dengan isteriku,nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam,bukan dengan sisi tepi pedang!”Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa’ad?Demi Allah,aku lebih cemburu daripadanya(terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama)Dan Allah lebih cemburu daripadaku.Kerana itu dilarangNya mengerjakan perbuatan keji,baik yang terang ataupun tersembunyi.Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah dan kerana itu diutusNya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan.Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah,dan kerana itu (untuk orang yang memujiNya) dijanjikan syurga”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cemburu Allah Tanda Besarnya
Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan.Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya. Dia tidak memerlukan kita .Dia tak luak dengan kelalaian kita.Tak terjejas tanpa cinta kita.Tapi kita? Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan,minuman dan oksigen.Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita.Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara.Dia menawarkan cinta yang tidak pernah kenal kecewa.Inilah hakikat cinta teragung.
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : “Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah.Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.”(surah al-Baqarah 2:165) CintaNya cinta utama.CintaNya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.CintaNya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.CintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hambaNya ,tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.
Bila Kita Tak Kisah
Apabila kita tidak ambil kisah tenteng kecemburuan Allah s.w.t.,terus mengagungkan makhluk daripadaNya,bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita.Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah,menuju ke syurga.Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita kebaikan-kabaikan,maka apa ertinya hidup kita ini lagi? Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita.Ketika itu,kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan bijak.Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa.Gadis itu menunggu abangnya di pehentian bas.Tiba-tiba ,sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang.Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya. “Memang sah,kamulah yang curi handset saya!”tuduhnya. “Hey!Saya tak tahu apa-apa…”Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu. “Kalau kamu rasa kamu betul,mari kita selesaikan di balai polis.” Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotelAkhirnya dia dirogol di situ.Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?
Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta
Ya,tertariknya kepada si dia itu lumrah.Fitrah yang Allah hadirkan.Setiap fitrah ada peraturannya Fitrah makan pun ada peraturan,inikan pula fitrah cinta?Oleh sebab itu,wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan? Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan?Penuh maksiat hati? Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajaku sayang,bukan dirimu yang mengalami rasa cinta,malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul,sahabat dan orang soleh.Bezanya,bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya? Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudhah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah,puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya.,Sayidina Ali. “Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang.Dinda amat mengaguminya.” Dengan penuh cemburu,Sayidina Ali berkata; “Habis tu,dinda menyesal menikah dengan kanda?” Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir “Tak kandaku sayang,kerana orang itu ialah kanda.” Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali,mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun,adakah gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali,berhubung melalui burung merpati,mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasih hatinya? Begitu juga Sayidina Ali.Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia merendah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya?Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah katika tidak membina kualiti diri? Kita pula,bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? Adakah jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?
Subscribe to:
Posts (Atom)



















