Monday, 26 September 2011

qada' dan qadar Allah..

setiap yang berlaku ad hikmah nya... ap yg berlaku terhadap diri seseorang pasti ada sesuatu yang telah ditentukan untuk dirinya.... seperti yang berlaku di sepanjang hidup kita di muka bumi.. renung2kan.. cerita ini akan disambungkan nanti..

Wednesday, 24 August 2011

Kekasih Agung Sedang Cemburu.


Kekasih Agung Sedang Cemburu.
Anda sedang asyik berbalas sms dengan seseorang yang bukan mahram?Anda sedang ternanti-nanti panggilan daripada si dia?Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya? Anda sedang pilih minyak wangi harum untuk keluar dating?Err,jika jawapannya ya,anda sedang membuat Kekasih Agung anda sangat cemburu.Berkata Ibn Qayyimal-Jawziyyah:”Allah s.w.t. cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta ,harap dan takut kepadaNya dan ada sesuatu yang lain di dalam hatinya selain Dia”.
Kata-kata ulama muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah s.a.w.Daripada Mughirah r.a. katanya Sa’ad bin Ubadah mrngatakan:”Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong(bermesra-mesraan) dengan isteriku,nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam,bukan dengan sisi tepi pedang!”Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa’ad?Demi Allah,aku lebih cemburu daripadanya(terhadap perkara yang diambil endah dan benci demi agama)Dan Allah lebih cemburu daripadaku.Kerana itu dilarangNya mengerjakan perbuatan keji,baik yang terang ataupun tersembunyi.Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah dan kerana itu diutusNya orang yang akan memberikan berita gembira dan orang yang memberikan peringatan.Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah,dan kerana itu (untuk orang yang memujiNya) dijanjikan syurga”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cemburu Allah Tanda Besarnya
Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.Maha Suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan.Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya. Dia tidak memerlukan kita .Dia tak luak dengan kelalaian kita.Tak terjejas tanpa cinta kita.Tapi kita? Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan makanan,minuman dan oksigen.Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita.Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara.Dia menawarkan cinta yang tidak pernah kenal kecewa.Inilah hakikat cinta teragung.
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : “Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah.Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.”(surah al-Baqarah 2:165) CintaNya cinta utama.CintaNya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya.CintaNya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.CintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hambaNya ,tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.
Bila Kita Tak Kisah
Apabila kita tidak ambil kisah tenteng kecemburuan Allah s.w.t.,terus mengagungkan makhluk daripadaNya,bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita.Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah,menuju ke syurga.Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita kebaikan-kabaikan,maka apa ertinya hidup kita ini lagi? Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan ‘rasa’ yang boleh menyelamatkan hidup kita.Ketika itu,kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan bijak.Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana seorang gadis dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa.Gadis itu menunggu abangnya di pehentian bas.Tiba-tiba ,sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang.Dia meluru kepada gadis itu dan mencaci maki dirinya. “Memang sah,kamulah yang curi handset saya!”tuduhnya. “Hey!Saya tak tahu apa-apa…”Gadis itu membela diri sambil terpaksa menebal muka dan menahan malu terhadap orang sekeliling ketika itu. “Kalau kamu rasa kamu betul,mari kita selesaikan di balai polis.” Gadis itu tanpa curiga terus mengikut lelaki itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotelAkhirnya dia dirogol di situ.Kenapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu?
Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta
Ya,tertariknya kepada si dia itu lumrah.Fitrah yang Allah hadirkan.Setiap fitrah ada peraturannya Fitrah makan pun ada peraturan,inikan pula fitrah cinta?Oleh sebab itu,wajarkah anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang telah Allah tetapkan? Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan?Penuh maksiat hati? Menjalar pula pada maksiat perbuatan.
Remajaku sayang,bukan dirimu yang mengalami rasa cinta,malah semua orang takkan terkecuali termasuk para rasul,sahabat dan orang soleh.Bezanya,bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana pula kita menguruskannya? Ibn al-Qayyim menukil indah dalam bukunya Raudhah al-Muhibbin tentang kisah Sayidatina Fatimah al-Zahra pada malam pertamanya. Fatimah,puteri Rasulullah si pengantin baru berkata kepada suaminya.,Sayidina Ali. “Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang.Dinda amat mengaguminya.” Dengan penuh cemburu,Sayidina Ali berkata; “Habis tu,dinda menyesal menikah dengan kanda?” Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias bibir “Tak kandaku sayang,kerana orang itu ialah kanda.” Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Sayidina Ali,mengagumi,merindui dan memasang impian hidup bersamanya. Namun,adakah gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali,berhubung melalui burung merpati,mengatur dating di belakang pohon kurma atau membonceng unta bersama kekasih hatinya? Begitu juga Sayidina Ali.Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum menikah? Adakah dia merendah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya?Adakah dia terburu-buru merebut cinta Fatimah yang turut diimpikan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah katika tidak membina kualiti diri? Kita pula,bagaimana menguruskan perasaan fitrah kita kepada si dia? Adakah jalan yang menghampiri fitnah atau dengan jalan yang menghampiri barakah?

Friday, 8 July 2011

teka teki Imam Al-Ghazali

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ? 

Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya. 
Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) 

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU"

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. 

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya. 

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat. 

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah"LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. 

Tuesday, 5 July 2011

Astaghfirullah..

Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa.

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut.
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan. Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah... itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....


Sama-sama kita insafi diri kita ini...

peringatan buat kaum hawa

cerita yg patut dibace leh wanita2 smua..hanya utk pengajaran.

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..


8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..


10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .


19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?


SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...


************************************************** **************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..


21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg *****!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!


26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...


27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

- si lelaki mencari mangsa baru..

- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA PADA MASA KINI

semoga dapat jadi peringatan pada semua