salam ukhwah... ary nie update pasal strategi peperangan Red Cliff.. kisah peperangan.. wahhh... minat nie... spe yang sanggup bce...??? bce lah. x rugi pon... dapat ag tambah ilmu..
Salah satu filem mengenai pembentukan tiga kerajaan Agung China atau lebih dikenali dengan istilah Inggeris, The Three Kingdom. ia juga bercerita mengenai kejatuhan Dinasti Han pada abad 208 M.
ia filem terbaik dalam menggambarkan kemenangan perancangan strategik. kita menyaksikan bagaimana alunan muzik menjadi komunikasi yang mengisyaratkan supaya bertempur ataupun sebaliknya. Walaupun filem ini menampilkan satu pihak sebagai baik dan pihak lain sebagai jahat, hakikatnya filem begini memperlihatkan kebijaksanaan kedua-dua pihak mengatur strategi peperangan. pihak yang bijak pasti akan menang walaupun jumlahnya tidak ramai.
dalam filem ini digambarkan pada akhir zaman pemerintahan dinasti Han, Perdana Menteri Cao Cao sebagai org yg licik strategi politiknya berhasil meyakinkan Raja Han bagi menyatukan seluruh Tiongkok. Ini dilakukan dengan mengumumkan perang dengan Kerajaan Xu di Barat dan Wu Timur di selatan yang tidak sealiran dgan kehendak Cao Cao. kelicikan Cao Cao dalam hal ini membuatkan Zhou Yu dan Liu Bei sedar mereka perlu bersatu membentuk pakatan berjumlah 200 000 tentera bagi melawan 800 00 bala tentera gergasi Cao Cao.
di tengah persiapan perang, wilayah Cao Cao diserang wabak penyakit yang menular dan mengakibatkan banyak tenteranya sakit dan mati. dengan akal licik, Cao Cao tidak mengebumikan ataupun membakar mayat tenteranya yang mati itu. beliau bahkan mengirim mayat mereka ini ke wilayah musuhnya, Zhou Yu dan Liu Bei. tanpa diduga, Liu Bei meninggalkan pakatan Zhou Yu dengan alasan bimbang ancaman penyakit itu kepada tenteranya. Dengan demikian, Cao Cao kini percaya taktiknya berhasil bagi memisah dan memecah belahkan lawannya. beliau masuk ke dalam perangkap kerana terlebih yakin yang kemenangan pasti miiknya.
dengan jumlah pasukan Zhou Yu kini hanya berjumlah 30 000 yang akibat ketiadaan tentera Liu Bei, Zhou Yu sebagai panglima perang dan Zhu Liang sebagai pakar taktikal perang tetap memutuskan berperang melawan pasukan Cao Cao berjumlah hampir 800 00 orang itu. Segala taktik membabitkan kekuatan taktikal dan strategik, baik di darat mahupun di laut, disiapkan bagi memenangkan pertarungan berat sebelah ini. justeru, apakah taktik luar biasa yang terpaksa dilakukan mereka?
ini dapat dilihat apabila Zhu Liang dan Zhou Yu masing2 bergabung kepakaran memikirkan cara terbaik menumpaskan tentera Cao Cao, Zhu Liang bersumpah mendapatkan 100 00 anak panah manakala Zhou Yu bersumpah menyingkirkan Cai Mao dan Zhang Yun, tunjang utama kekuatan angkatan laut Cao Cao. Cao Cao sebenarnya hanya mahir dalam peperangan darat. Sebanyak 100 000 panah diperlukan kerana sebahagian besar tentera Liu Bei berundur daripada pakatan dengan membawa pulang ratusan ribu anak panah masing2. Zhu Liang dan Zhou Yu masing2 mempertaruhkan kepala mereka bagi sumpah itu.
Zhu Liang bijak membaca peralihan cuaca, angin dan kabus dengan tepat. beliau membawa 20 kapal kosong yang dipenuhi jerami dengan beberapa tentera kelasi sahaja, menghampiri pangkalan laut Cao Cao. Beliau sengaja bertolak ketika kabus tebal melanda pangkalan itu. panglima laut Cao Cao, Cai Mao dan Zhang Yun hanya berani menembak kapal Zhu Liang dengan anak panah dari jauh kerana bimbang kabus mungkin menyembunyikan perangkap lawan. panah2 itu melekat pada jerami di kapal. akhirnya, Zhu Liang mendapatkan 100 000 panah dengan mudah dan percuma. Bijak bukan...?
sementara itu, Cao Cao tidak berdiam diri apabila mendapat tahu beliau dimalukan. Beliau bertindak balas dengan mengutus Jiang Gan, teman baik Zhou Yu dahulu, bagi membuatkan Zhou Yu menyerah kalah. namun sebaliknya, Zhou Yu lebih lincah memanfaatkan Jiang Gan. beliau membuatkan utusan itu membawa berita palsu yang Cai Mao dan Zhang Yun, dua panglima tentera lautnya adalah musuh dalam selimut. Mereka pasti memenggal kepala Cao Cao apabila berpeluang.
percaya dengan berita ini kerana adanya ada surat sebagai bukti kononnya ditulis panglima laut itu, Cao Cao mula curiga. Apabila mendengar laporan yang Cai Mao dan Zhang Yun memanah lebih 100 000 panah secara sia2 di tengah kabus ke kapal musuh,, Cao Cao langsung percaya yang mereka sememangnya pengkhianat. beliau segera memenggal kepala Cai Mao dan Zhang Yun. Saat mereka dipenggal, beliau segera memenggal kepala Cai Mao dan Zhou Yun. Saat mereka dipenggal, beliau menyedari yang beliau termakan muslihat Zhoub Yu ang mahir meniru tulisan.
pun begitu Cao Cao masih yakin menang. beliau percaya kemampuannya memanfaatkan angin tenggara bagi melancarkan bom api pasti menghancurkan lawannya. namun dugaannya itu ternyata meleset. Cao Cao tidak mampu mengatasi kehebatan Zhu Liang yang lebih ke hadapan dalam ketetapan membaca peralihan angin. Cao Cao tidak tahu wujudnya angin barat laut selepas angin tenggara. angin barat laut mulai berhembus dan Cao Cao mula diserang apinya sendiri. ini ditambah lagi dengan api daripada tentera Zhou Yu. armada kapal perang Cao Cao tidak bersedia dengan keadaan itu.
Liu Bei pula datang kembali dengan membantu sekutunya itu dari arah daratan. pengunduran mereka daripada pakatan rupa-rupanya strategi bagi menunjukkan mereka lemah di mata Cao Cao. ini mengumpan Cao Cao menghantar utusan meminta pakatan menyerah kalah, namun akhirnya utusan itu yang digunakan Zhou Yu. sah, dari awal lagi Cao Cao sudah masuk perangkap.
bagaimana berakhirnya perang yang mengubah sejarah China ini? lihat sendiri filem ini. Cao Cao dimalukan dengan secawan kopi dan kelebihan peperangan menggunakan formasi kura2, teknik perang yang turut digunakan ribuan tahun oleh tentera Rom ketika menawan pulau Britain. Ia strategi di mana musuh dipancing memasuki pertahanan yang kuat dan diganyang di dalam sehingga lawan tidak dapat keluar lagi.
kemenangan 200 000 tentera ke atas 800 000 tentera kelihatan tidak logik. namun hakikatnya itu tidak pelik dalam kamus sejarah peperangan Islam. Zhu Liang mengkaji dengan mendalam peta geografi dan keadaan cuaca kubu musuh, pusingan angin, pergerakan matahari, pergerakan awan serta kabus.
(sumber:- Muhammad syaari Abdul Rahman-Kuasa kepimpinan al-fateh)
No comments:
Post a Comment