Wednesday 15 August 2012

DiMana Kah PasaNgaN Ku




Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)

Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?
Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..
Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?
Sahabat 2: Allah belum izinkan..
Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya Allah telah tetapkan sejak azali lagi..
bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..
Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..

"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..(Imam Hassan al-Banna)

Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..

Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...
Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..
Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
Sahabat 1: Bukan senang..
Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah..
mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..
Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..
Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..
Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..
Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(◕‿◕)

(¯`•.ღ Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥

Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni syurga.."

Ku TeRiMa SeADanYA..


YA ALLAH...
Sesungguhya aku mohon petunjuk yang baik..
daripada Mu dengan ilmu Mu..
aku mohon kekuatan daripadaMu dengan kekuatanMu
maka sesungguhnya Engkau berkuasa
aku tak berkuasa
Engkau mengetahui perkara2 ghaib...

YA ALLAH..
jika Engkau mengetahui,
bahawa perkara ini baik untukku,
pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku,
buat masa kini dan masa akan datang,
maka tentukanlah untukku dan  permudahkannya kepadaku,
jika engkau menetahui bahawa perkara ini tak baik untukku,
pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa kan datang,
maka elakkannya daripadaku dan elakkan diriku dripadanya,

YA ALLAH,
tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada.
sesungguhnya  Engkau berkuasa  di atas segala seuatu...

Saturday 11 August 2012

di SaaT Aku MenyInTai mu....


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dialakukan.”
Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…
SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

(sumber daripada blog lain)....

SeRaHkAn CinTa mU...


assalamualaikum... entry nie berkaitan dengan penyerahan cinta kita... sebenarnya pada siapa... ayuh baca...

"...cinta bukan mengajar kita lemah... tetapi membangkitkan kekuatan.. cinta buka mengajar menghinakan diri... tetapi menghembuskan kegagahan.. cinta juga bukan mengajar melemahkan semangat... tetapi membangkitkan semangat... cinta inilah yang hakiki.. cinta ILAHI dambaan insani..."

hah... mesti kwan2 pernah dpat msg niey kan... sekarang niey kte dgar org KATA pulak...

ad org KATA... cinta itu SWEET.. bila ada pasangan yang selalu di samping kita...

ad jugak yg CAKAP.. cinta tu BEST.. sebab... kita dapat mcm2 hadiah n kata2 yang manis... hehe... best nyer...

ad orang BERITAHU sye yang cinta itu ANUGERAH.. kerana.. Allah menghadirkan perasaan tu pada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki...

Asyik dgar diaorg jer.. sye pulak nk KATA ap...? kejap sye fkir... hehehe.. NO IDEA....
MAYBE cinta itu adalah...  satu FITRAH yang ada di dalam hati setiap manusia.  wujud satu perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. 

hehehe.. dah habis dengar orang KATA...?? pandai an diorang KATA... saya x reti nak berkata-kata.. hahaha.. merepek... ok2... kembali ke main point...

entry nie sebenar nyer nk kaitan kan sebuah lagu dengan CINTA jer.... saya JAMIN yang engkorang dh pernah dgar lagu niey... " KU SERAH CINTA " ... kan2...???? hehehe... best lagu niey... boleh search kan internet nanti... kumpulan inteam... MEh kita G rangkap by rangkap...

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

*aku telah jemu untuk bercinta kerana telah dikecewakan oleh seseorang... tetapi aku cuba melawan perasaan itu dengan mengingati bahawa ada yang masih cinta pada ku... Dia memberiku cubaan untuk ku ingt padaNya... mungkin kerana aku telah jauh daripada Nya... aku thu Dia merindui tangisan dan doaku... Allah.... Ampunkan lah hamba Mu yang sering lalai ini YA Allah..

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

* sapaan cinta yang hadir membuatkan daku lemah atas godaan syaitan dan nafsu.. yang sering kali aku sendiri tewas dalam melawannya.. aku kecundang... namun.... aku segera kembali pada Sirothol Mustaqim (jalan yang lurus)... iaitu Islam... Al-Quran adalah petunjuk buat diriku yang lemah... Kalimah LailahaiLLAH....membuatkan ku kuat sehingga sekarang..

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

* akan aku serahkan cinta ku hanya padaNYA.... kerana cinta manusia terlalu banyak kepalsuan nya.. dari segi bicara nya.. sifatnya.. tindakan nya... ingatlah.. betapa lama pun kita setia pada si dia.. belom tentu kita kenal sifat sebenar nya atau.. belom tentu si dia adalah pasangan dunia akhirat kita....

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

* aku tidak peduli tohmahan daripada manusia... malah aku takut jika ditinggalkan oleh NYA.... perlakuan ku meninggalkan cinta manusia adalah untuk ku bergerak bebas supaya aku bebas untuk istiqamah dalam ibadah ku padaNYA..

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

* akan ku serah kan sepenuh jiwa dan raga ku hanya untuk mencintai ALLAH.... kuatkan semngat ku Ya Robb...

Aku adalah aku sekarang                                  
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

*aku adalah aku yang sekarang... insyaAllah.. tidak akan berpaling setelah ku berubah ke arah kebaikan... Cinta ku hanya milikMu YA RAHMAN.... andai DIA telah menetapkan itu adalah yang terbaik buat ku.. akan  ku terima dengan ikhlasnya....

dah baca semua...???? kesat2 air mata jika ada yang menangis.. hehehe... bagi yang rasa bosan... I Have No Idea.... perasaan masing2...  hanya satu pesanan ku buat semua....

selalu lah berbisik pada hati kecil kita....

"...aku tahu bila ALLAH mencintaiku... iaitu... saat aku membenci segala kejahatanku..."