Friday 4 January 2013

GB3A

Assalamualaikum... terasa lama sudah sye x post ap2.. ehm... agak bersarang jugak ah blog niey... ehm.. ok2.. tanpa membuang masa nak baca intro.. kita teruskan dengan tajuk utama kita hari niey.. GB3A... ha... ap makna nyer tu.. mesti ramai yang dh tahu kan istilah ap niey...?? hehee

GUNUNG... BESI... API.. AIR... ANGIN...

bermula lah kisah.... tersebut lah kisah... hehehe

si GUNUNG berkata.. aku berdiri megah di alam bumi... tinggi ku tidak dapat ditandingi... aku mendabik dada atas kejadian ku sebegini....

si BESI... wahai GUNUNG.. jangan kau bangga rupamu yang hijau mencecah langit... aku lebih hebat daripada kamu... dengan kekuatan yang ada pada aku.. aku dapat menarah kau menjadi rata... aku dapat melenyapkan kau sehingga menjadi debu... aku dapat bina istana2 indah selepas meratakan kau..  jadi.. apa hebat nya kau dengan kelebihan kau itu..??

si API mula berbicara.. aku API... jangan kau sangka sekecil-kecil aku tidak berbahaya... aku si API... dapat meleburkan kau si BESI... ap yang kau bangga kan dengan kekerasan kau itu...?? tidak kah kau fikir.. dengan kepanasan ku ini.. aku dapat menjadikan kau cairan besi..? hanya cecair yang tidak buat apa2... ada kah kau dapat melawan ku..??

si AIR yang mula menyahut perbincangan rakan2nya tanpa mahu mengalah... aku si AIR... aku dijadikan sejuk.... sehingga membuatkan kau si API.. yang panas menjadi sejuk... yang dapat menghilangkan kau dengan sifat ku ini... apa yang megahkan sangat kepanasan kau yang hanya sementara..??

SI ANGIN yang mendiamkan diri terus berkata2.. wahai AIR... andai itu yang kau megahkan... sila kan.. tapi jangan kau lupa... dengan kelebihan ku.. aku dapat meniup kan kau menjadi ombak yang besar.. aku dapat memusnahkan segala benda dengan kekuatan tiupan angin ku.. adakah dengan sifat mu yang hanya mengalir itu dapat mengalahkan aku...?

WaHai GUNUNG... BESI... si AIR.. API dan ANGIN...

tidak pernah kah engkau semua terlintas sejenak bahawa aku MANUSIA dapat mengawal kamu semua dengan anugerah Allah yang ada pada aku... iaitu AKAL FIKIRAN.... dengan AKAL itu.. aku dapat mengubah kamu semua mengikut kehendak diriku... oleh itu.. apa yang kamu semua bangga kan dengan kehebatan dan kelebihan kamu...??

wahai GUNUNG... dengan akal ku.. aku dapat jadikan kau tempat pelancongan... yang membuatkan semua manusia berasa kagum dengan ciptaan ku... aku menjadikan kau tempat yang indah dengan adanya tempat tinggal... permainan2... apa kehebatan kau dengan ketinggian mu itu...?? sedangkan tinggi kau dapat ku daki...???

wahai BESI... jangan kau lupa... tanpa akal ku.. kau x dapat bergerak.. aku jadikan kau benda yang berguna buat semua manusia.. aku yang membuat kan kau bergerak dan meratah gunung menjadi rata.. jadi.. ap yang kau bangga kan dengan keteguhan mu itu...?

wahai API... kepanasan mu itu aku dapat kawal dengan kepintaran akal ku.. aku dapat jadikan kau besar bila aku nak.. aku dapat jinakkan kau untuk digunakan ketika memasak... jadi apa yang megahkan dengan kepanasan kau itu...??

wahai AIR... apa yang kau bangga kan dengan sifat lemah mu itu..?? yang hanya mengalir mengikut arus...??? denagn kebijaksanaan ku.. aku dapat menjadikan kau tenaga... tenaga buat manusia menjanakan elektrik... kau sangat berguna untuk dijadikan bahan pasaran... sifat mu itu dapat ku alirkan utuk dijadikan tasik buatan... itu yang kau bangga2 kan...??

wahai ANGIN... sifat mu yang hanya sedikit itu kau hebah2 kan...?? tidak kah kau fikir.. aku dapat jadikan angin untuk menyamankan suasana yang panas...?? aku dapat kawal kau si ANGIN mengikut kemahuan ku...

tetapi ingat wahai semua ciptaan ini... wahai GUNUNG.. BESI.. API... AIR.. ANGIN.. dan MANUSIA.. kejadian kamu itu hanya sementara... tatkala Allah mengatakan "Jadi" .. maka jadi lah ia... semua sifat2 mu dikurniakan Allah... dan akan disoal kelak... jangan bemegah dengan ciptaan mu... gunakan ia dengan sebaik2 kegunaan.. jadikan ia untuk sentiasa bermanfaat kepada makhluk yang lain..tetapi hingga ke saat Allah ingin menariknya semula... ingatlah.. tiada siapa yang dapat menghalang dari Kekuasaan-NYA...

AllahuAkbar... lemah nya kita....muhasabah diri anda.. sebelum kamu di panggil bertemu dengan-NYA kelak... peringatan buat diri yang lemah ini juga...


4 comments:

Sultan Muhaimin al-Fateh wal-Qanuni said...

beznyer :)

bisikan hati said...

ehm... hehehe... baru dapat tahu cerita niey... selamat membaca..

Muhamad Aizuddin said...

best2...

bisikan hati said...

terima kasih aizuddin..