Friday, 25 May 2012

Couple vs Ayam Goreng.. nyum3...





“Apa benda couple tu?” “Jenama ais krim ke?”
“OK, cuba kamu fikir dan cuba terangkan pada saya apa yang kamu faham tentang couple?”
“Apa yang kita semua  faham, couple ni macam bercintalah kan ....”
Mari kita sama2 fikir dengan fikiran.. hati.. supaya sama-sama mencari jawapan x la saya jer fkir...
 Sebab kadang-kadang, jawapan kepada persoalan yang ditanya sudah kita tahu tanpa kita sedari.  Cuma masih belum kemas barangkali kefahamannya.
Macam mereka yang masih remaja.., bercinta sebelum kahwin.  Masing-masing ada pasangan masing-masing.  Boyfriendlah,  girlfriendlah.  Macam tulah… Boleh ker..?
“Begini…saya nak tanya kamu semua balik.  Apa yang selalu diperbuat oleh pasangan-pasangan yang bercinta ini, yang kamu panggil couple ini?” soalan ini  bagi membuka minda kita smua..

“Tentulah mereka berjumpa, berdating ..Mereka tukar-tukar hadiah, mereka keluar sama-sama, belajar sama-sama…
“OK, kalu semua jawapan inilah yang kamu semua kata orang yang bercouple akan berjumpa, dating, itu dan ini.  Dalam ISLAM boleh ke lelaki dan perempuan berjumpa?”
“Boleh lah….Kalau tak boleh macam mana nak beli barang, nak belajar dan sebagainya.” Maybe akan segelintir yang berfikiran sebegini..
“Ha.., begitulah.  Lelaki dan perempuan kalau mempunyai urusan atau hajat tertentu memang boleh berinteraksi dan bermuamalah seperti berjual-beli, belajar, bermesyuarat dan bekerja.  ISLAM membenarkan.  Tetapi, jika tiada sebab yang penting, ISLAM melarang lelaki dan perempuan bergaul bebas dan berjumpa.”
 “Dalam al-Quran, ALLAH menyuruh lelaki dan perempuan yang muslim agar menundukkan pandangan.  Malah ada saranan untuk berinteraksi di sebalik tabir di antara lelaki dan perempuan bagi menjaga kesucian hati kedua-dua pihak.  Betapa ISLAM telah menggariskan hukumnya.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah suatu ketika di dalam majlis ilmu, seorang perempuan datang bertanya sesuatu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah menolak muka seorang lelaki yang merupakan sepupu Baginda yang ada di dalam majlis tersebut.  Apabila ditanya kenapa dibuat demikian,  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab bahawa lelaki dan perempuan tidak aman dari dipengaruhi Syaitan.”

“Dalam ketika yang lain, seorang buta pernah datang berjumpa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan menyuruh Aishah agar duduk di belakang tabir.  Aishah radhiAllahu ‘anha bertanya, “bukankah dia buta, mana dia nampak saya.”  Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, dia buta dan tak nampak engkau.  Tapi engkau boleh melihat dia.”  Nah, ISLAM telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti ditundukkan pandangan dan tidak bebas bergaul di antara keduanya.  Sedangkan pandang sahaja pun ISLAM sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu.”
“Jadi, saya rasa kamu dapat jawapannya kepada persoalan pasal couple ini.  Kamu semua lihatlah orang-orang yang disekeliling kamu yang sedang  bercouple, apa mereka buat?  Mereka berjumpa, berbual-bual, bermesra, keluar sama-sama; sedangkan ISLAM tidak merestui hubungan lelaki dan perempuan yang belum bernikah berbuat itu semua.  Pendek kata, ia hanya akan meletakkan diri seorang muslim dalam keadaan berdosa dan kemurkaan ALLAH.  Malah boleh menjerumuskan diri ke dalam perzinaan.”
Allah telah berfirman dalam Al-Quran.., “LA TAQRABUZZINA!”…ALLAH Subhanahu wata’ala kata jangan dekati zina.  Perbuatan-perbuatan seperti berdating, berjumpa, keluar sama-sama, itu semua adalah perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kita semakin hampir dengan zina, na’udzu billahi min dzalik!”

Pernah x kamu semua terbaca atau maisih ingat  lagi tak hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam yang sebut pasal lelaki dan perempuan yang duduk berdua-duaan..? Hadith pasal lelaki dan perempuan yang bersendirian akan ditemani oleh ‘orang’ ketiga, iaitu Syaitan.
 “Syaitan ni takde kerja lain.  Kerjanya untuk menyesatkan manusia.  Jangan awak sangka Syaitan duduk di antara lelaki dan perempuan yang bersendirian tu tengok aje, senyum-senyum aje.  Tak!!!!  Dia akan mainkan peranannya supaya lelaki dan perempuan itu akan terjebak dengan zina, iaitu dosa besar yang dimurkai ALLAH.” …

“Mungkin mula-mula ringan-ringan.  Pandang-pandang, sentuh-sentuh.  Kemudian pegang-pegang.  Apabila dah biasa, mulalah berzina.  Syaitan ni pandai, genius.  Dia dah ada pengalaman jutaan tahun.  Bagi dia kacang je nak bagi manusia ni terjebak dengan bunga-bunga zina dan zina itu sendiri.  Sejarah dah membuktikan.  Malah sekarang ni pun macam-macam gejala sosial berlaku.  Bohsia, bohjan, buang bayi, pelacuran.  Ini semua akibat kita pandang ringan hukum ALLAH.  Astaghfirullah…”
“Sebab itu kita disuruh jaga pandangan mata kita dan seluruh pancaindera kita. Kalau kamu semua  nampak ayam goreng, kamu rasa nak makan tak ayam goring tu..?” tengok iklan dalam tv pon dh tak tahan kan..?

“Tentulah kan…  Bukan sahaja nampak, bau aje pun dah teringin.”

 “Hehe…tulah manusia.  Manusia ni kalau tak jaga pandangan dan pancaindera kita, kita tentu berkeinginan untuk memiliki sesuatu.  Kalau awak pandang lelaki, tentu awak rasa nak memiliki perhatian lelaki itu.  Macam lelaki, kalau dia nampak perempuan cantik, tentu dia nak jadikan dia sebagai awek.  Tapi, kalau dia tak nampak dan tak tengok, tentu dia tak teringin pun.  Fikiran kita pun jangan disibukkan dengan hal-hal couple ni.  Jangan asyik berbual pasal couple dengan kawan-kawan, gossip si anu dengan si anu, baca buku cinta…ini semua dapat membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercouple.”
“SubhanALLAH, ALLAH tahu fitrah kita.  DIA yang ciptakan kita.  Dia suruh kita menundukkan pandangan ada sebabnya.  InsyaALLAH, jika kita ikut apa yang ALLAH suruh, kita semua  akan selamat dari bahaya bercouple ini dan lain-lain bahaya…” kerana Allah tidak menurunkan bala pada tempat2 yang berbuat maksiat itu sahaja tetapi kepada seluruh masyarakat yang ada di situ…

“Malah, jika kita jauhi amalan couple ini, insyaALLAH gejala sosial seperti zina dan buang bayi akan menjadi sifar.  Masyarakat akan lebih sejahtera.  Nampak tak betapa besarnya implikasi couple ni.  Mungkin sebahagian masyarakat nampak kecil dan biasa-biasa sahaja, sedangkan ia boleh menatijahkan sesuatu yang buruk kepada masyarakat.”
Sebaik-baiknya kamu semua cuba lah kongsikan ilmu yang telah kamu dapat dalam  teks hari niey.. saya minta sangat pada kamu semua yang telah membaca teks2 niey.. KONGSIKANlah apa yang kita bincangkan ini dengan kawan-kawan yang lain.  Mudah-mudahan mereka semua akan faham apakah kedudukan bercouple ini di sisi ISLAM….”
Sekian… buat mu sahabat2 yang membaca…
Sampaikan lah dariku walaupun satu ayat.. tidak kurang ilmu jika masing2 berkongsi2.. sharing is caring..

Friday, 18 May 2012

BuBuq AsyUrA di MalaM2 HaRi...

Assalamualaikum.. buat rakan2 yang rajin bce fb niey... thanx yer... sayang korang semua.... hah.. niey update utk kali niey... kita update pasal buat bubuq asyura.. walupon satu muharam dah lme lepas.. tapi disebabkan ada orang teringin nak makan.. saya cuba lah buat.. dya sanggup terima bubuq try n error saya.. hahahah.. tima kasih sgat2 kepada kawan ye tu.. dye sanggup beri kata2 semangat kat saya walaupon sye tahu sye masak x bpe nk jadi.. ataupon x jd langsung.. (ayat pasrah)... hehehe...  buat kepada sesiapa yang berasal dari kedah.. ini adalah hasil buatan saya.. heheh.. maaf lah yer.. tak jadi bubuq asyura negeri hampa.. bubuq asyura penang lain... 



hehehe.. amacam.. terliur x..?? sure langsung x..? kalu yer.. suh mak2 hampa smeua di rumah buatkan ya...?? hehehe... nak resepi buat bubuq niey x..?? nah.. salin... 
RESEPI BUBUR ASYURA KEDAH

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

CARA MEMBUATNYA
campurkan tepung gula santan kacau sebati
panaskan dengan api yg perlahan
setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan tadi
kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong.


dah siap salin.. apa lagi.. masuk lah dapur g masak nuh... hehehe... itu saja update buat kali niey... selamat mencuba... 

Sunday, 15 April 2012

SuRat UntUk ZauJ Ku...

seorang gadis menulis surat untuk calon suaminya dan menyimpannya di atas awan. Ini isi suratnya..

          Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Ke Hadapan calon suamiku..  Apa khabarnya imanmu hari ini?  Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wudhuk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang ketika ini sedang engkau genggam..?
       Wahai calon imamku..
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Di sini aku dilatih untuk menjadi dewasa, agar aku lebik menyingkapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang-kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
      Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu di mana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insyaAllah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.
           Calon suamiku..
   Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihku menjadi mujahid yang hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang ku harapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama hal nya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang engkau harap kan dari ku, hanya kesia- siaan yang engkau dapatkan.
  Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yang ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, Suamiku..
            Wahai calon suamiku..
   Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bonda ku, tidak lain doaku agar menjadi anak yang solehah, agar kelak dapat menjadi tanggungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isteri mu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga hanya aku yang menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yang soleh.
   Aku ini seorang pencemburu. tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela.. aku harap begitu  pula dirimu..
    Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah: "Aku minta pada Allah setangkai bunga segar.. Dia memberiku kaktus berduri.. Aku minta kepada Allah kecil dan cantik.. Dia membriku ulat bulu.. Aku sempat merasa kecewa.. Betapa tidak adilnya dunia ini".
  Namun kemudian kaktus itu berbunga indah.. dan ulat pula berubah menjadi kupu2 yang sangat cantik.. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan..
   Aku yakin  engkau lah yang aku perlukan.. meski bukan seperti yang aku harapkan...
             Calon suamiku yang dirahmati Allah..
   Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan ku namakan ia gubuk derita.. kerana itulah markas dakwah kita, dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.
   Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita,bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiran mu dalam kehidupanku.
kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik.. tetapi setidak nya menjadi yang terbaik disisimu kelak...
      Calon suamiku..
   Inilah sekilas harapan yang ku ukirkan dalam rangkaian kata.. seperti kata orag, tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata2.. itulah yang kuhadapi kini.. kelak bila kita bersama, disitu lah engkau akan memahami diriku.. sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu.
     Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir..
Sekian...

Thursday, 5 April 2012

SayAngNya Rasulullah kPd UmatnYA...

salamun alaik... kepada rakan2.. hari nie update mengenai kecintaan seorang Nabi terhadap umatnya.. betapa syahdu apabila mendengar kisah ini... AllahuAkbar... Allah Maha Besar... Allahumma solli a'la saidina muhammad... kisah ini lah akhirnya menjadi bacaan semasa tasyahud awal dan akhir dlam solat..

wahai sahabat.. hayati lah bacaan tahiyat awal atau akhir...

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. 

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 

kisah ini sye peroleh daripada seorang ustaz....
mari kte sme2 hayati kisah nya....

tatkala peristiwa Israk Mikraj.. Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah dijemput untuk bertemu dengan Allah S.W.T. .... semasa baginda sampai di langit ketujuh di mana Rasulullah hanya berseorangan kerana ditinggalkan oleh malaikat Jibrail.. apabila Rasulullah dapat melihat Allah secara berhadapan.. betapa bersyukur nya baginda.. Allah.. betapa Agung nya KebesaranMu Ya Allah... Tiada Tuhan melainkan Engkau...Rasulullah terus bersujud kepada Allah lalu  memuji Allah dengan mengucapkan "Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah" (Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah)..... Allah menyuruh baginda Rasulullah mengangkat wajahnya.. lantas Allah memberi salam kpd Rasulullah ", Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh" (Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya).... .. Rasulullah teringat akan umat nya lantas mengucapkan "( Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin"(Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh).... 

Allah... tatkala baginda mendapat nikmat yang paling istimewa di mana nikmnat tersebut tidak pernah diberi pada nabi2 sebelumnya.. baginda masih mengingatkan umat nya yang masih belum betul2 beriman kepada Allah dan Rasul.... di manakah umat yang disebut oleh Rasulullah sewaktu sebelum kemangkatan baginda..?? Ya Rasulullah kami rindu pada mu.... Ya Rasulullah kami cinta pada mu..kami rindu syafaat mu Ya Rasulullah....... 

sama2 lah kita istighfar dan bermuhasabah sebentar.. berapa kali kita berselawat ke atas Nabi Muhammad sepanjang hari ini... ayuh sahabat....!!!! Allahumma solli a'la saidina Muhammad.... 
wassalam....

Friday, 16 March 2012

KaP$uL pEnGurU$an JeNaZah

    Assalamualaikum... rakan2 sihat...? semoga awk semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah...  update status kali niey ialah mengenai satu program fardhu kifayah bagi umat Islam... tapi menuntut ilmu itu adalah wajib... ingat tu...!! hehehe.. :).. emo pulak.. maaf3...

      Alhamdulillah.. sye dh selesai menyertai program Kapsul Pengurusan Jenazah.. best.. dapat tahu banyak benda.. bukan pasal jenazah jer..psal benda2 yang sering sesetengah orang buat tapi xthu hukum dye pon kami dapat belajar...

      Antara ilmu yang diperoleh setakat yg sye ingat jer yer.. asif xdapt ingat semua...

1) membuat binaan di atas kubur itu adalah HARAM sama sekali... boleh kalu kita nak robohkan.... thu x binaan tu ap..?? bukan rumah ke hotel ker... nie lah... ada orang yg kadang2 sampai duduk ats benda niey... kan ada ayat al-Quran kat bawah tu.. Ya Allah.. hormat lah kalimah2 Allah... tu lah sebab kte x leh wat binaan niey... lagi satu sebab nye ialah benda nie hanya lah merupakan satu pembaziran.. satu ag mcm menyusahkan orang... fkir yer.. habiskan beribu2 inggit utk buat bnde niey.. kan bgus kalu duit utk binaan tu kita sedekahkan atas nme roh si fulan.. Allah.. besar pahala tu... maksud sye menyusahkan org td tu ialah andai kata boleh buat dua tiga liang lahad ag... jd x cukup ruang disebabkan binaan2 mcm niey... so... sebagai pengajaran.. jgan buat dh taw....!!!

2) perempuan2 DILARANG untuk pergi ke kubur.. ingat niey...!!!! jgan serang sye dulu.. dengar penjelasan dlu.. perempuan DILARANG pergi ke kubur pada hari pengebumian si fulan... itu jer.. hari2 yg lain boleh jer kalu nk pergi melawat.... ini kerana proses pengebumian ini adalah dikhas kan untuk laki sahaja... yg perempuan duk di umah.. jgan ah menangis memanjang... bce al-Quran.. bce Yasin.. doa kan untuk si fulan supaya tenang di alam yang lain... ingat tu...!!! sebagai peringatan untuk dri sye jugak niey...

3) bacaan talqin.. ada persoalan di kalngan masyarakat.. boleh ke kte bce talqin dalam keadaan berdiri..?? mcm menyerupai agama kristian pulak.. Pada zaman Rasulullah... ada seorang hamba ini pernah bertanya kepada Rasulullah.. bacaan talqin perlu duduk atau berdiri...?? Rasulullah hanya mendiamkan diri.. itu makna nya.. Rasulullah tidak melarang untuk bacaan talqin dalam keadaan berdiri..

4) persoalan lagi niey.. boleh ke semayang jenazah kat kubur.. jawapan drpd ustaz.. boleh... andai kte imam x sempat nak solatkan jenazah.. wlaupun jenzah sudah ada dalam kubur.. stay kita boleh solat kan sperti biasa..

5) mengenai ibadah haji.. orang yang menunaikan haji melalui pakej.. ehm.. seboleh-boleh nye dielakkan kerana ia seperti menyusahkan ramai pihak... fikir2 kan lah... orang yg pergi haji di bwah kawalan tabung haji semua nyer terpaksa tunggu dlam jangka masa yang panjang.. panjang sgat.. bayangkan lah.. datuk2 n nenek2 kita yang baru daftar haji.. kne tunggu dlam 20 ke 30 tahun ag.. AllahuAkbar... itu kalu mereka sempat... ish3... bukan x nak bagi guna yang pakej.. boleh tu boleh.. tp seelok2 nya.. haji x payah lah... kalu umrah digalakkan... ingat.. nak buat ibadah baik.. sumber yang kita guna utk pergi juga mesti ah baik... insyaAllah semua akan berjalan lancar di tanah suci nanti... INGAT... jadikan pengajaran terhadap peristiwa yg bru jer berlaku pda dua pegawai tabung haji tu.. nak pergi haji tapi rasuah.. Allah... kan dah x betul tu.. sme2 ah ambil teladan...

6) pasal kafan jenazah perempuan.. ada setengah orang akan kafan kan dengan telekung.. kalu boleh elakkan drpd mengkafankan jenzah dengan kain telekung... kerana ia boleh dianggap sebagai satu PEMBAZIRAN... guna shaja kain kafan putih yg sedia ada... kalu nk beli jugak telekung tu... belilah.. tak kisah... beli telekung tu lepas tu sedekah kan masjid niat atas si fulan.. AllahuAkbar... selagi org guna telekung  tu.. berterusan pahala utk si fulan.. InsyaAllah..

7) untuk kafan jenzah lelaki.. kalu ada pakaian ihram mse pergi haji ke umrah ke... seelok2 nya gne jer untuk buat kafan kan jenazah...


            ini jer yg sye dpat ingat buat mse niey.. nota tertinggal di asrama... kalu ad mse sye post ag.. klu ad mse yer.. ehm... nak kongsi satu cter romantik yang jarang kita dengar dan buat pada zaman sekarang...

           kisah Rasulullah dan Saidatina Aisyah... pada satu hari.. (x ingat cerita mula2.. maaf yer) Rasulullah pernah berkata kepada Aisyah.. andai kau meninggal dulu daripadaku.. akn ku mandikan jasadmu.. kafankan dan aku sendri yang akan mengebumikan mu... Saidatina Aisyah tersenyum  apabila Rasulullah berkata begitu.. tetapi hasrat Rasulullah tidak tercapai kerana Allah telah menjemput Baginda lebih awal.. tetapi perkara ini telah dilakukan oleh sepupu Rasulullah.. Saidina Ali.. Beliau memandikan Saidatina Fatimah tatkala Saidatina Fatimah meninggal dunia..

Allah... ingatan sye sungguh terbatas... maaf yer rakan2.. sye x dapat ingat semua yang telah sye pelajari.. setakat yg mampu sye share bersama kamu semua...  Ilmu Allah itu luas rakan2... ibarat mencelup jarum ke dalam lautan dan mengangkat nye.. titisan yang jatuh itu adalah ilmu manusia dan baki lautan itu ialah kekuasaan Allah... tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad...

                       $eLamAt MeNgamBiL peNgAjarAn dan SelaMat meMbaCa entrY nieY...

p/s :- kalu ada salah dalam penulisan post di atas sila komen.. sama2 kita perbetulkan apa yg salah dan berkongsi ilmu.. kalu ada pape persoalan pon dipersilakan untuk bertanya.. klu sye boleh jawab.. sye jawab.. klu x .. sye cuba utk tnye pd yg lebih arif..



sediakan kelengkapan untuk memandikan jenazah.. air kapur barus.. air mawar... sabun... sarung tangan... kain untuk mentup aurat jenzah semasa dimandikan... dan lain2 lagi... mandikan jenazah dengan lembut... ingat.. pemandi jenazah hendaklah AMANAH... keaiban pd jenzah yg dia nampak.. biar lah rahsia antara dia dan jenzah sahaja...







sediakan kelengkapan untuk mengkafan kan atau membungkus mayat.. seperti.. tikar... kain putih yang mencukupi... serbuk cendana.. air mawar.. dan lain2..




                                                                                                               


                                                                               

buat ukuran yang betul pada mayat untuk siapkan kain kafan jenazah.... helaian yg pertama tabur serbuk cendana.. helaian yg kedua tabur ag.. helaian yang ketiga buat baju.. letakkan kapas pd setiap bhgian sendi2... pd muka...






  


jenazah siap dikafankan.. dan boleh bersedia untuk disolatkan serta upacara pengebumian..






                                                     



masukkan jenazah perlahan-lahan ke dalam liang lahad












mengiringkan jenazah sebalah kanan mengadap kiblat.. kalu jenazah tidak diadapkan ke kiblat walaupun sudah kubur sudah dikambus.. wajib gali balik untuk betulkan posisi jenazah.. jika tidak.. tanggung dosa...