Sunday, 19 February 2012

30 PeRbEzAan CinTa antArA LeLaKi dAn PEremPuAn

Ya Allah, Diakah Jodohku...??? try baca niey... nah bagi pasangan2 di luar sana...

1. ketika  ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.
2.wahai lelaki, ketika engaku berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya beerti engkau mencintainya.
3. di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.
4. cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.
5. ketika lelaki mengatakan "Perempuan itu tidak mempunyai perasaan" beerti perempuan tersebut berjaya mencuri hatinya.
6. cinta seorang lelaki bagai menulis di atas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir.
7. hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas, biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung di bawahnya.
8. bagi perempuan, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya ,mencintai, dikecewakan kemudian bersedih..
9. banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta, tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak..
10. cinta adalah sebuah kisah yang di dalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan, sedangkan bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.
11. dalam kehidupan seorang perempuan, ada suatu masa yang dia perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.
12. cinta : perempuan, lelaki, dan larangan.
13. betapa pun seorang perempuan bermulut seribu, namn cinta mengajarnya diam.
14.wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.
15. dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apayang dilakukan oleh kekasihnya.
16.  ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan merendahkannya.
17.  dalam percintaan, lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.
18. dalam percintaan, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya, kecuali satu perkara, mencintainya terus-menerus.
19. keinginan seorang perempuan boleh dibengkokkan terserah kepada orang yang dicintai.
20. dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada perempuan, namun tidak dalam percintaan.
21. dalam percintaan, lelaki bak serigala yang ganas, berhati-hatilah..!! perempuan, pula menyerahkan segala-galanya dan sedia berkorban.
22. cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak.
23. tidak ada yang mampu mencabut cinta dari hati seorang perempuan, selain cinta yang baru.
24. seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanda orang yang dia cintai.
25. cinta, merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam perhitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.
26. perempuan mencintai pasangannyauntuk dirinya, begitu juga lelaki.
27. cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang perempuan  bagai lembaran2 kertas yang tidak pernah habis.
28. kebahagian seorang perempuan, ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.
29. kala perempuan itu jatuh cinta, dia mulakan dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.
30.  perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yangtidak akan lekang daripada diri perempuan.

*amacam... panjang x..?? so.. tahniah bagi anda yang menghabiskan bacaan entri niey... kalu ada yang x betol dalam diri anda... apa kata perbetulkan ia ke arah kebaikan... thanx semua... assalamualaikum..

Monday, 6 February 2012

PeRk0nGsiAn iLmU...

PROGRAM ASTRO OASIS
“4 sifat terpuji  Rasulullah”
Cara menghidupkan sunnah rasulullah..
1.       Menguar2kan sifat2 rasulullah..
2.       Baca buku2
3.       Hadir majlis2 ilmu
4.       Ubah cara hidup rasulullah

Sifat2 nabi muhammad
1.       Amanah (al-amin sebelum dilantik menjadi rasul)
2.       Siddiq
3.       Fatanah -bijaksana- (ketika hendak meletakkan hajarul aswad)
4.       Tabligh (..balighu a’nni walau ayah..)
*Sifat2..
Baginda tabah..sabar.. kalu nak marah org cari 72 sebab dulu..  kalu dh dpat cari lagi 72 sebab.. so mesti x cukup kan.. so.. jangan ah cepat pemarah…
Baginda pemurah.. 
*Sifat  fizikal rasulullah..
Menurut Hassan bin ali :-
-Kulit putih kemerah-merahan
-Mata hitam besar, bulu kening halus melengkung
-Bibir nabi tebal
-Wajah bulat bundar
-Dahi luas
-Perut leper
-Dada bidang
-Bulu dada tebal halus
-Tenaga nabi kuat sangat sampai dapat menewaskan ahli gusti di waktu itu
-ketinggian nabi..X tinggi x rendah.. apabila berada dengan orang yang tinggi baginda nampak sama tinggi dengan mereka.. apabila baginda bersama dengan orang yang rendah.. baginda kelihatan sama je dengan mereka..
-Rambut ikal belah tengah..
Leher nabi indah
Tegap
Cara nabi berjalan (bukan berjalan laju tetapi orang yg mengikut nye smpai perlu berlari)
Nabi x pernah makan sehingga kenyang… bila tiada makanan mereka berpuasa..
Rasulullah sentiasa senyum
*Apakah amalan2 harian rasulullah
Pada tangan ada nombor 1 dan 8  atau 18.. makne nye ad 18 enzyme.. sunnah makan gne tangan kerana enzyme2 itu membantu pencernaan.. jika tangan org lain yg digunakan utk mkn t.. enzyme yg ad pada tgan org lain itu akan membawa khasiat dalam diri kita.. contohnye makan dalam talam..
Tidur rasulullah.. baca al-kafirun.. (utk elak kekafiran..) tidur disebelah kanan..
rasulullah hanya tidur 2 jam selama hayat baginda.. tangan kanan di bawah pipi….
Selepas bangun tidur amalkan tiga perkara ini kerana sewaktu tidur terdapat 3 ikatan… cara untuk lepas daripada ikatan itu ialah..Pertama.. Baca doa lepas tidur.. kedua ambik wudu’… ketiga.. solat sunat dua rakaat..
Rezeki akan sempit bila buang air tidak sopan.. orang kencing berdiri mudah lupa.. mudah kne kanser prostat..  
Apabila ke tandas menutup kepala..  mandi tidak “open”…
Mandi basuh hujung kaki dahulu.. kerana kepanasan dalam diri akan keluar dengan baik.. jika kita ditarik kan ruh jugak dari hujung kaki...  

Tuesday, 31 January 2012

TaTkALa HaTi kU BerBiCarA...

jika diri berkehendak pasangan yang baik.. jadilah yang terbaik dahulu.. tidak salah menunggu.. andai dia adalah jodoh mu..InsyaALlah ia akan kekal.. walau bagaimana pun jua...
 ingat lah wahai diri.. andai hidup tidak dihadiri lelaki.. bukan bermaksud dirimu tidak diingini.. usah bimbang kerana cinta Allah itu pasti.. Allah itu wujud.. Allah memelihara hati dan jiwa seseorang daripada dikecewakan serta didatangi penyakit riak... sifat riak seperti sifat menunjuk-nunjuk atas keistimewaan dan anugerah kecantikan yang diberi... menampakkan perhiasan yang hanya untuk zaujan mu kelak.. nauzubillah.. wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah.. ataupun Allah sedang mengujinya dengan penyakit hati... tidak sempurna iman seseorang itu andai dirinya tidak diuji.. dekatkan diri pada Penciptamu.. pasti cinta kau temui.. insyaALlah bukan sekadar cinta makhluk ciptaan yang Mencipta yang engkau kecapi.. Cinta terhadap Allah dan keteguhan iman mu akan kau genggam..  usah berharap cinta insan yang kau sendiri x pasti.. diamkan lelaki yang kau sukai.. dan biarlah ia berterusan seperti itu supaya ia menjadi syahid dikala kau tidak mendapat balasan cinta mu itu.. berdoa pada Ilahi.. insyaAllah kau pasti dicari suatu hari nanti.. jagalah hubunganmu dengan Allah.. pasti Allah menjagamu dalam apa jua keadaan...

perempuan yang baik telah diciptakan untuk laki2 yang baik.. itu janji Allah...  

ingat lah... 

dalam sendirimu.. ada Allah sebagai sahabatmu..
 dalam kesedihanmu.. ada Allah sebagai penghiburmu..     
dalam tangismu.. ada Allah sebagai penenangmu.. 
dalam kehidupanmu.. ada Allah sebagai Rabbmu..

ingat tujuan kamu dijadikan di dunia.. visi mu ialah SYURGA FIRDAUS.. misimu ialah mencari amalan2 kebaikan..menuntut ilmu dunia dan akhirat... ALlahuAKbar.. berikan daku sedikit kekuatan untuk melawan penyakit hati yang kian merebak... Ya Allah bantu lah hamba Mu yang sedia hina ini.. yang penuh dengan titik2 hitam di hati.. Ya Allah... jernihkan hatiku Ya Allah seperti hati bayi yang baru dilahirkan.. Lapangkan dadaku seperti luas nya langit ciptaanMu... berilah ketenangan dalam hatiku setenang air yang mengalir walau beribu batu menghalang.. Ya Robbi.. perkenan kan doaku ini,.... 

Sunday, 1 January 2012

BerMuLa SuDah PerjUanGan ku..

salam ukhwah.. kepada sahabat2... sihat..?? semoga awak semua berada dalam rahmat Allah sentiasa.. amin... insyaAllah... update sye utk kali niey bukan tentang surah kahfi lagi.. sirah2 al-Quran insyaAllah sye akan post nanti yer... untuk kali niey sye just nk post tentang tahun baru.. ehm.. bermula nya tahun baru makna nya bermula nya sem baru untuk pelajar2 u or maktab.... ehm.. banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.. esok nek bas balik ipg.. kemas barang.. rileks2.. mula kuliah.. fuhh.. sabar2... dugaan dunia... ehm... nikmat kesihatan yang Allah berikan bila2 mse sje Allah boleh tarik.. sentiasa ah bersyukur dgan kurniaan Nya.... Alhamdulillah.... pernah terdengar... nikmat yang selalu kita sebagai manusia sia- siakan ialah nikmat kesihatan dan nikmat hayat... Lailahailallah... jgan la kita termasuk dgan golongn itu... bersyukur tanda kita berterima kasih kepada Allah atas nikmat yang Allah beri... sebenar nye x thu pon nak tulis ap.. tp.. xpe ah.. sye stop setakat nie dulu...  Assalamualaikum...

Monday, 26 December 2011

SuRah Al-Kahfi...

Salam sahabat2.. pernah kah awak semua baca makna2 ayat2 Al-Quran...?? kalu pernah.. mungkin awak semua pernah terbaca suatu kisah tentang Nabi Musa dan seorang hamba Allah..  kalu belom terbaca.. buka lah tafsir Al-Quran.. insyaAllah sahabat2 akan jumpa pada ayat 60- 82.. semoga sahabat2 mendapat pengajaran dari kisah2 yang ada di dalam Al-Quran...

ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada pembantunya, "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua laut;  atau aku akan berjalan (terus sampai) betahun- tahun."

ayat 61
Maka ketika mereka sampai ke pertemuan dua laut itu, mereka lupa ikannya, lalu (ikan) itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.

ayat 62
Maka ketika mereka telah melewati (tempat itu), Musa berkata kepada pembantunya, "Bawalah ke mari makanan kita; sungguh kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini."

ayat 63
Dia (pembantunya) menjawab, "Tahukah engkau ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang membuat aku lupa untuk mengingatnya kecuali syaitan, dan (ikan) itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali."

ayat 64
Dia (Musa) berkata, "Itulah (tempat) yang kita cari." Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.

ayat 65
Lalu mereka berdua bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan rahmat kepadanya dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan ilmu kepadanya dari sisi Kami.
( menurut mufasir, berdasarkan hadis, hamba di sini ialah Khidr, dan dimaksud dengan rahmat di sini ialah wahyu dan kenabian. sedang yang dimaksudkan dengan ilmu ialah ilmu tentang perkara  ghaib seperti yang akan diterangkan dalam ayat yang berikut)

ayat 66
Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?"

ayat 67
Dia menjawab, "Sungguh, engkau tidak akan sanggup sabar bersamaku.

ayat 68
Dan bagaimana engkau akan dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"

ayat 69
Dia (Musa) berkata, "InsyaAllah akan engkau dapati aku orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam urusan apa pun.

ayat 70
Dia berkata, "Jika engkau mengikutiku, maka jangan lah engkau menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku menerangkannya kepadamu."

ayat 71
Maka berjalan lah keduanya, hingga ketika keduanya menaiki perahu lalu dia melubanginya. Dia (Musa) berkata, 'Mengapa engkau melubangi perahu itu, apakah untuk menenggelamkan penumpangnya?"  Sungguh, engkau telah membuat sesuatu kesalahan yang besar.

ayat 72
Dia berkata, "Bukankah sudah ku katakan, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?"

ayat 73
Dia (Musa) berkata, "Jangan lah engkau menghukum aku kerana kelupaan ku dan janganlah engkau membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusan ku."

ayat 74
Maka berjalan lah keduanya; hingga ketika keduanya berjumpa dengan seorang anak muda, maka dia membunuhnya. Dia (Musa) berkata, "Mengapa engkau bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia membunuh orang lain? Sungguh, engkau telah melakukan sesuatu yang mungkar."

ayat 75
Dia berkata, 'Bukankah sudah ku katakan kepadamu, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku?"

ayat 76
Dia (Musa) berkata, "Jika aku bertanya sesuatu setelah ini, maka jangan lagi engkau membolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engkau sudah cukup (bersabar) menerima alasan dari ku."

ayat 77
Maka keduanya berjalan; hingga ketika keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka berdua meminta dijamu oleh penduduknya, tetapi mereka (penduduk negeri itu) tidak mahu menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dinding rumah yang hampir roboh (di negeri itu), lalu dia menegakkannya. Dia (Musa) berkata, "Jika engkau mahu, nescaya engkau dapat meminta imbalan untuk itu."

ayat 78
Dia berkata, "Inilah perpisahan antara aku dan engkau; aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas perbuatan yang engkau tidak mampu sabar terhadapnya.

ayat 79
Adapun perahu itu adalah milik orang miskin yang bekerja di laut; aku bermaksud merosakkannya, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu.

ayat 80
Dan adapun anak muda (kafir) itu, kedua orang tuanya mukmin, dan kami khuwatir kalau dia akan memaksa kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran.

ayat 81
Kemudian kami menghendaki, sekiranya Tuhan mereka menggantinya dengan (seorang anak yang lain) yang lebih baik kesuciannya daripada (anak) itu dan lebih sayang (kepada ibu bapa nya).

ayat 82
Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang ada di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Apakah yang kuperbuat bukan menurut kemahuan ku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya."

ini adalah kisah tentang Nabi Musa alaihissalam... banyak lagi kisah yang tersimpan di dalam surah ini.. insyaAllah di Update yang lain.. saya akan tambahkan lagi... semoga bertemu lagi.. selamat membaca dan menyebarkan ilmu.. "balighu a'nni walau a..yah,.."