Tuesday 18 March 2014

Aku Setia Kepada Mu wahai Kekasih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... 


entry terbaru dalam bulan mac... saya sedang berada di johor.. first time datang johor... terfikir nak buat entry tentang bahagia dalam alam perkahwinan... 

jeng.. jeng.. jeng... kenapa terfikir nak buat entry pasal nie... hehe... (that's my problem.. none of ur business) hahahahaha... jangan marah aaaa..... sye maen2 jer... 

kat johor sye sedang membuat praktikal selama seminggu.. menginap di rumah kawan baik... dalam berpraktikal, dapat jugak benda lain... hehehe... sepasang suami isteri yang begitu berkasih sayang, manja, lembut.... hehe... walaupun dah berusia... tapi ia x menghalang untuk kedua orang tua ini untuk bermanja-manja.... hahaha.... kelakar bila melihat gelagat mereka seprti kanak-kanak kecil yang dahagakan kasih sayang... 

sampai saya pulak terfikir... kalau saya kawen nanti mcm ne yer...?? adakah kasih sayang tu akan terus mekar hingga ke akhir hayat...?? Allah... Sesungguhnya perancangan masa hadapan Allah yang menentukan... kasih sayang yang berputik di awal perkenalan menjadi kekasih adakah akan kekal hingga ke syurga...??? Adakah cinta yang selama ini bersemi diredhai Allah...??? 

analogi cinta seorang lelaki dan perempuan di awal usia.. 

- cinta yang datangnya daripada hasutan syaitan = kamu berjumpa dengannya, berpegang tangan, berhibur dengannya, kemudian tanpa disangka perhubungan kamu itu hingga ke atas katil, si perempuan menghamilkan zuriat si lelaki dan mereka pon berkahwin...

- cinta yang datangnya dengan jalan yang syirik = kamu menyukai dan menyintai seseorang, tetapi malangnya si dia tidak menyintai kamu.... kamu bertindak untuk berjumpa bomoh dan menyihirkan dia menggunakan ilmu hitam... kemudian kamu berkahwin tanpa si dia mengetahui bahawa si dia telah disihir dan diguna2kan.. 

- cinta yang seterusnya ialah cinta yang datangnya dengan izin Allah... secara tidak diduga, kamu bertentangan mata dengan si dia... kemudian tidak semena-mena perasaan cinta di hati telah berputik terhadap si dia... kamu cuba menyelongkar tentang peribadinya dan berjumpa walinya serta menyatakan hasrat kamu untuk menikahinya... Alangkah indahnya... 

* cuba selongkar dan selidik dalam2.... di mana tahap kita sekarang.... Entry Bisikan Hati membawakan anda ke dunia percintaan sebentar untuk menginsafi diri andai sesama kita telah terlajak membuat perkara yang Allah larang... 

(^_^) teringat pesanan ustaz.. jika kita pernah bercouple dengan si lelaki/perempuan sebelum menikahinya, perlulah kita melakukan solat taubat atas dosa2 kita yang kita buat sebelum kita mendirikan rumah tangga.... x kira lah berjumpa tanpa izin ibu ayah ka... berpegang tangan sebelum menikah ka... ape2 jer la.. pandai2 fkir sdri... Solat Taubat dahulu agar Allah mengampunkan dosa2 atas kelalaian kamu sebelum ini... 

peringatan ini adalah untuk saya dan awak semua... kerana orang yang buat entry ini akan lebih memahami isi kandungan nya berbanding mereka yang hanya sekadar membaca... sama juga seperti kita memberi nasihat kepada rakan2 kita.... sepatutnya nasihat itu adalah untuk diri kita sendiri juga kerana kita yang bercakap akan lebih jelas dengan apa yang kita cuba katakan... 

AllahuRobbi.. 

sebagai penutup entry nie... saya hadiahkan buat kamu semua dengan sebuah lagu yang best... (Y) (^_^)
Jom Layan Lirik Lagu "KEKASIH" nyanian Devotees... khas buat para pembaca blog "BISIKAN HATI"... 




Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

= andai ada kesalahan dan kesilapan dalam penulisan saya... sila kan tegur saya... =