Sunday, 4 January 2015

Cukup Hanya Sekali...!!!

Malam menjelma... bintang kini menghiasi langit yang kegelapan.. menambahkan keindahan malam yang suram...

Aku merenung ke langit... sambil mencari2 sang rembulan... tapi... hampa... bulan telah ditutupi awan yang berarak lemah... 

Tetiba aku teringat kan seseorang...
"awak.. cuba tengok ke langit... cantek kan bulan tu..??? t kalu awak rindu saya... tgok bulan tu ya..??? (sambil merenung bulan sama2.. di depan mata aku.. aku melihat si dia yang tampan sedang duduk di atas batu bersebelahan rumah jiran) ... "awak... pergi la balik homestay tu.. dah lewat nie... kecian awak.."... "xpe.. sekali nie jer dapat tgok dengan awak depan2, kan..??

Semua kini hanya tinggal kenangan.. hubungan yang terbina pada mulanya sebuah persahabatan hampir 7 tahun kini ibarat melukis lukisan di pasir pantai.. dengan mudah terpadam di bawa ombak... hanya kerana satu penipuan...  perlukah penipuan itu diwujudkan..??? tertanya2 aku walaupun kesalahan kamu itu telah aku maafkan dan lupakan... hanya disebabkan penipuan itu.. kamu kini ibarat kawan biasa bagi aku yang datang dan pergi seperti dedaunan yang kering yang senang ditiup angin.. 

Satu jarak masa yang memisahkan aku dan kamu menjadikan aku lebih kuat sehingga kini disebabkan cinta Rabb ku... Terima Kasih aku ucapkan... kamu telah menyedarkan aku bahawa cinta itu senang datang dan senang pergi... sehinggakan membuatkan aku kuat dan bertambah risau untuk mengadakan sebuah perhubungan yang lebih dari seorang kawan... 

Perpisahan yang kau cipta.. telah menghadirkan ramai orang dalam hidup ku.. ada yang sentiasa kuatkan aku.. ada yang sentiasa mendengar masalah ku.. ada yang mendoakan ku... sehingga kan ada yang cuba untuk  memenuhi kembali ruang yang telah terluka itu... hah... mungkin kah ruang hati yang cukup terluka itu akan mudah diubati dan digantikan kembali...?? 

Kekosongan hati itu perlahan2 telah dicuba oleh beberapa insan yang tersangat baik bagi ku... seorang sahabat yang ku kenal di IPT.. dan seorang sahabat yang aku kenal dari masih budak hingusan.. seorang sahabat yang sangat baik... yang sering menjadi motivator bagi diri ku di kala susah dan senang... seorang lagi yang bijak menggunakan kata2 nya untuk membuat aku ketawa dengan telatahnya yang manja... 

Tapi... hanya disebabkan perpisahan itu... aku bukan lah semudah itu untuk menerima seseorang dalam hidupku... aku kini bukan lah seorang yang baik lagi.. bukan seorang yang lemah lembut lagi.. aku bukan lah seorang yang penyayang lagi.. aku kini menjadi lebih tegas daripada apa yang kau pernah lihat.. aku kini menjadi lebih garang dan kasar daripada biasa... dan aku rasa.. tidak mudah untuk aku ubah sikap aku ini buat masa sekarang... aku terasa apabila bersifat begini lebih membuatkan aku kuat dan tidak lah mudah jatuh hati pd seseorang... 

Andai takdirku tiada yang dapat sabar dengan sikap ku.. apakan daya... itu adalah cara ku... dengan cara itu sahaja yang membuatkan aku selamat walaupun aku tidak disukai oleh mereka2 yang cuba untuk penuhi ruang hati ku.. hanya disebabkan aku pernah menyerahkan hatiku pada mu... hanya beberapa hari saja kau membuatkan aku percaya pada kamu. tapi dengan sekelip mata kau hancurkan semua itu... senang sangat kan..??? dengan hanya "awak.. saya dah bertunang.." ... semudah itu... cukup hanya sekali... kepercayaan aku itu aku berikan pd insan seperti kamu.. 


Kini... aku dengan cara aku... biar aku berkasar dan garang tidak bertempat.. andai itu yang dapat memuaskan hati ku... daripada aku menerima seseorang dalam hidupku yang membuatkan aku kembali lupa pada Pencipta ku... 

Buat mereka yang telah jauh daripada ku... terima kasih... aku tidak akan memaksa mu lagi untuk bertanya khabar aku lagi.. dan aku pon akan cuba untuk berhenti daripada mengingati kamu.. cukup lah aku sekadar cuba untuk memenangi hati mu kembali kerana aku senang bersahabat dengan kamu.. tapi kamu sendiri yang memilih haluan itu... teruskan sahabat... teruskan dan jangan toleh kembali pd waktu yang lepas... buat lah seperti kamu langsung tidak pernah mengenali ku... jika itu yang kamu mahukan.. 

Buat yang pernah menyakiti hati aku... terima kasih... kerana dengan hal itu.. aku kini menjadi lebih kuat.. kerana aku yakin... Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.. Allah Maha Mendengar segala rintihanku.... itu adalah yang terbaik buatku.... 

7 comments:

Papaglamz said...

Ustazah kenapa? Sedih betul bunyinyer. Sape la yg sampai hati usik2 hati ustazah tu kan? Sabar ok.. Hehe

bisikan hati said...

hanya sekadar entry.... tiada kaitan pape... hehe.. ^_^ don't worry... ustazah ceria jer...

Papaglamz said...

owhh.. terbaekk...!!!
BTW, nukilan yg best.. hehe
bacasambil backgroud lgu yg sayup2 jer nih.. :)

bisikan hati said...

hahaa... biasa ja nie... nukilan2 papaglamz pon apa kurangnya... best jugak.. (^_^)

Papaglamz said...

Hehehe..

Papaglamz said...

Hehehe..

Papaglamz said...

Hehehe..