Thursday, 1 January 2015

Rintihan Tahun Baru "Masihkah ada hari esok buatku"



Jari menekan keyboard.. tik.. tik.. “Laut” … kenangan ku terimbas kembali di Pulau Perhentian dan Pulau Pangkor… terlampau indah.. sehingga terasa aku ingin mencari ketenangan itu kembali..

Ya Allah… kehadiran tahun baru nie.. adakah aku menyambutnya dengan baik.. adakah aku akan dapat menjadikan ia lebih baik daripada tahun yang sebelum ni…?? Ya Allah.. mampukah aku.. menggapai redha Mu shingga ke akhir hayat ku.. tatkala aku masih membuat maksiat kepada Mu..???
Sesungguhnya Kau Maha Melihat.. Kau Maha Mendengar… bukannya aku tidak mengetahui itu.. tetapi mengapakan nafsu serakah yang menyelubungi ini kembali membuat dosa setelah aku kembali bertaubat.. adakah aku bertaubat tidak bersungguh…?? Ya Allah.. hinanya aku di pandangan Mu Ya Allah… di pandangan manusia aku kelihatan baik.. tetapi hakikatnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi Ya Allah…

Terbayang ku ombak yang tenang menghempas pantai… Ya Allah.. gemersiknya… Terkadang kuat hempasannya.. membuat aku terjaga dari lamunan jauh… tersangat jauh… setiap kali hempasan ombak yang singgah di hujung pantai.. hati ku terusik dan gementar… Air mata yang tertahan… terasa ingin ku alirkan… setitik demi setitik sehingga aku sendiri tidak sedar bahawa permata itu kian deras… hingga basuh tudung yang aku pakai… hati ku sakit Ya Allah.. tersangat la sakit.. dengan dosa yang aku lakukan Ya Allah… AllhuAkbar… ada kah lagi waktu untukku bertaubat kepadaMu Ya Allah… Masihkah ada hari esok untuk ku yang banyak berdosa ini Ya Allah…?? adakah aku masih diberi peluang untuk hidup pada esok hari dan bertaubat kepada Mu Ya Allah..

Sejuk.. terasa sejuk pabila angin kembali menampar pipi ini… Ya Allah.. dingin sungguh angin ini… andai angin ini boleh kembali mengembalikan aku untuk terus berada di jalan yang betul tanpa bercampur maksiat Ya Allah.. andainya… tapi… Ya Allah… bukan sebegitu mudah untuk ku lawan.. setiap kali aku kembali kepadaMu Ya Allah… ada yang menghalang… sama ada nafsu jahat aku sendiri ataupun diri aku sendiri… LEMAHnya aku Ya Allah… hinanya aku.. kejinya aku.. tidak langsung mahu berkorban kemahuan dunia ini untuk aku mengejar kebahagiaan yang kekal di akhirat.. Ya Allah.. kuatkan aku untuk terus berada di jalan yang benar… Ya Allah.. beri aku petunjuk.. Ya Allah… tetapkan aku dalam agamaMu dan Taat kepadaMu… Ya Allah… dengar rintihanku…

Hembusan nafas demi hembusan nafas yang aku lepaskan… terfikir aku.. cukup kah selama aku hidup ini aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau pinjamkan Ya Allah… terutamanya nikmat penglihatan Mu… nikmat pendengaranMu… nikmat tangan dan kaki yang engkau pinjam kan… nikmat lidah yang Engkau pinjamkan untukku bercakap… nikmat kesihatan..??? adakah aku menggunakan keseluruhannya ke arah yang baik..??? atau masih aku masih tidak tahu bersyukur sehingga aku sendiri yang merosakkan kegunaan nya…??? Aku masih melihat benda yang ditegah oleh Mu..?? aku masih mendengar benda yang tidak sepatutnya aku dengar..??? aku masih mengumpat dan bercakap buruk mengenai orang lain..??? aku masih lalai dalam kehidupan dunia.. aku terus hanyut dengan kemewahan dunia… sudah cukup kah Ya Allah  aku bersyukur dengan nikmatMu Ya Allah…?? Allah…

Tiba-tiba percikan air dari ombak besar menyedarkan aku dari lamunan… aku masih berpijak di bumi Ya Allah… aku masih bernafas untuk menjalankan tanggungjawab aku di dunia ini Ya Allah…. kuatkan aku untuk menempuhi hari2 yang mendatang.. kuatkan iman ku untuk berdiri tegak di atas agamaMu yang benar… jangan Kau pesongkan hatiku Ya Allah setelah Kau beri petunjuk dan hidayah Mu kepadaku Ya Allah…. Allah.. Allah….  aku hanya hamba yang hina.. hamba yang keji… yang penuh dengan dosa dan noda.. Ya Allah.. Ampuni aku .. ampuni dosa aku yang lepas dan yang kemudian… Ampuni dosa yang aku yang tersembunyi dan yang nyata… Ya Allah.. Ampuni dosa aku yang aku tahu atau pun aku tidak ketahui.. sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala sesuatu tanpa satupon terlepas daripada pengetahuan Mu Ya Allah… Ampuni aku hamba Mu ini…. Ya Allah.. izinkan aku kembali mencari redha Mu… izinkan aku untuk menjadi hamba yang terpilih di sisiMu Ya Allah… walaupun aku tahu aku hanya lah hamba yang kerdil dan tidak punya apa2… terima aku Ya Allah.. Kasih kan aku Ya Allah.. Pandang lah aku Ya Allah.. jangan Kau tinggalkan aku dalam kesesatan Ya Allah… Allahu Akbar… bantulah aku… “ ...Qul in kuntum tuhibbunAllaha fatta biu’ni yuhbibkumullah…”  

5 comments:

Papaglamz said...

Sob sob sob sob.. Beruntung kite lahir sebagai islam.. Tapii.. kadang2 kte sesat dalam perjalanan kehidupan kita sendiri.. Ya allah suluhkan lah cahaya iman dlm hati ini semoga tidak sesat menuju syurga mu.. Hhuhu :(

bisikan hati said...

Amin Allahumma Amin.... huhuhu.... insyaAllah.... tetapkanlah hati dalam agama Islam dan taat lah kepada Allah yang Maha Esa..

bisikan hati said...
This comment has been removed by the author.
Papaglamz said...

aamiin.. papaglmz singgah sini lagi..

Unknown said...

subhanallah....mendalam mksud