Monday, 30 March 2015

Berhenti Sebelum Tersasar..

Assalamualaikum sahabat2 blog ustazah... sihat semuanya...??? ustazah baru lepas habis hantar 3 assignment ... lagi 3 assignment... hahaha.. kecian... sape yang pernah mengalami mesti dapat merasakan kepenatan ustazah kan..???

Hari demi hari berlalu... Mata terpejam dan celik sehingga tidak terkira pantas nya masa berlalu.. lagi 2 minggu ustazah nak g praktikal dah.. hahahaa... takut...!!! itu adalah perkataan yang ustazah boleh gambar kan perasaan ustazah pada kali ini... nak hadap presentation mikro bahasa arab lagi.. Ya Allah.. haahaha... sabar... nak jd cikgu kan...???

tapi.. kenapa ustazah ad jugak dengar2 kutukan orang ramai tentang profesion keguruan..?? apa...?? hina sangat ke kerja cikgu...??? hahahaha... tepuk tangan la sekejap... siapa yang kata macam tu...?? tak fikir ker yang didik awak sampai ada pelajaran tu, bukan ke cikgu namanya...?? ke awak belajar sendiri sampai berjaya..??? pergh.. HEBAT... tak pernah plak ustazah dengar kalu nk berjaya boleh ikut kata hati sendiri tanpa ad guru... memang hebat lah... Nabi Muhammad s.a.w. sendiri berguru dengan Malaikat Jibril semasa menerima wahyu.. tapi awak dapat belajar sendiri..? Astaghfirullah... sabo jer lah.. -tarik nafas dalam2-  tahan- hembus esok.. hahahaha... ustazah melawak jer..

Point sebenar ustazah post entry ini adalah berkaitan dengan "Berhenti Sebelum Tersasar" ... apa yang ustazah nak cerita plak kali nie kan..?? hahahaa.. xde pape.. ustazah nak sembang-sembang kosong jer dengan korang..

Orang kata biar berhenti sebelum kenyang... Biar cepat asal jangan terlambat... Tapi kalau ustazah nak cakap biar berhenti sebelum tersasar boleh kan...?? ustazah nak bercerita sebuah cerita cket..

"Ibu, along dah ada orang (pakwe) ka...???"
"Mana nak ada.. semua dah putus... tak jadi pon..."
"hurm..."

kring3....

"Assalamualaikum ibu.... sihat..???"
"waalaikumussalam.. sihat... along tadi adik ada tanya,, along dah ada ka orang..??"
"hah...?? ayoyo.. knpa tanya soalan tu..?"
"entah lah... ibu jawab la xde.. semua dah putus..."
"hahahaha... along mana la nak ada... kalu ada pon, asyik sakitkan hati orang ja.. mlas nak fkir.. daripada buat sakit aty orang... lebih baik xdak sapa2.."
"ehm.. biarlah... dah bukan jodohnya..."
"hahahahaha... takpelah ibu... along malas lah nak fikir benda tu... buat apa fkir... fkir belajar nie lagi bagus... dah tak larat nak fkir kerja banyak dengan praktikal lagi.."
"ha.. iya lah... belajar la dulu..."

-- kisah seorang anak yang terlampau manja dengan ibunya... sampaikan segala perkara walaupun sekecil-kecil perkara seorang ibu akan tahu... tanpa ada satu pon yg dirahsiakannya.. sampai seorang ibu itu.. dah malas nak fikir siapakah yang menjadi pilihan hati anaknya... ---

hahahaa.. itu kisah seorang muslimat yang terlalu memikirkan perasaan orang lain dan kadang2 boleh dikatakan buat sesuatu keputusan yang terburu2... kadang-kadang.. mungkin keputusan yang kita buat itu berlandaskan nafsu semata-mata.. tetapi kadang-kadang... Allah yang menggerakkan hati kita untuk berkata dan membuat keputusan tersebut.. Jadi bersangka baik lah.. ada hikmah Allah aturkan sesuatu.. jangan salah kan sesiapa...

Sehingga kan apabila kita makan pon, Nabi Muhammad sollallahualaihiwasalam mengajar kita untuk berhenti sebelum kenyang.. apatah lagi apabila berhubungan... andai kita rasa tidak mampu untuk membawanya... lepaskan lah dahulu... jangan biarkan si dia tertunggu dan mengundang gelisah dalam hatinya... Bukan kah lebih baik jika gundah gelisah itu hanya kerana risaukan keampunan Pencipta yakni Allah taala.. Jadi.... Biar bhenti di tengah persimpangan dan pilih lah jalan yang sebenarnya daripada meneruskan perjalanan tetapi tidak pasti haluan akan ke mana..

Jadi.. ingatlah perkataan "Berhentilah sebelum tersasar" ... dan juga... berhenti lah sebelum menyakitkan hati orang lain... Kita tahu kita di tahap yang mana.. mampu atau tidak menjaga hati seseorang insan yang berada di sekeliling kita.. sementara kita sendiri tidak tahu.. dalam berkata-berkata... kita sendiri menyakitkan hati orang lain mungkin yang terdekat dengan kita iaitu sahabat kita sendiri tanpa kita sedar.. walau pun hanya gurauan.. tetapi mungkin gurauan itu kadang2 boleh menjadi perbalahan... Jadi... fikir baik2 dan renung2 kan ... Selamat beramal.. hahahaa... sekian sahaja nukilan ustazah... (^______^) semoga ketemu lagi.

No comments: